Mencari inspirasi dan idea untuk bisnes online? Kerana zaman sekarang cepat berubah dan teknologi lebih kehadapan, makin terdapat lebih banyak peluang untuk bermula bisnes online di dalam pelbagai industri termasuk Web3.
Bisnes Online, dengan kesimpulan, mengguna laman web (internet) untuk pemasaran, pembelian, dan penjualan; dengan mendapat pelanggan membuat pesanan untuk barang atau servis.
Kebaikan bisnes online juga, bole berbuka dan bermula oleh semua tahap individu dengan tanpa modal atau dengan modal banyak. Tidak kira jika anda ingin buka untuk sambilan sewaktu belajar atau kerja, ataupon sebagai kerja sepenuh masa; bisnes online boleh dapat membantu mendapat jana pendapatan atau pendapatan penuh.
Bermula Bisnes Online pada 2022 untuk 2023
Peluang yang terbaik untuk bermula bisnes online adalah sekarang pada baki tahun 2022 ini. Dengan sisa masa yang ada, anda dapat siapkan diri dan bisnes online anda dengan asas (foundation) bisnes termasuk SSM (jika perlu), bank account dan pembayaran e-wallet, senari perkhidmatan (list of services) atau senarai produk, dan bahan marketing.
Dalam masa yang sama, anda bole siapkan laman web dan sosial media dengan isi content dan menaikkan follower permulaan.
Semua asas ini jika siap tahun ini, akan membantu menjimatkan masa anda untuk mendapat lebih fokus kepada Sales dan Marketing pada tahun 2023.
Simpan article ini untuk baca lain kali? Bole tekan “save” di browser anda atau tekan share (icon bawah ini) ke laman social media anda untuk senang dicari
Tanpa menghabiskan masa, jom kita bermula berkenalan 100 Idea Bisnes Online untuk anda
- Jual Produk Online
- Menjadi Agent Jualan (Sales Agent)
- Food Rider
- Driver
- Khidmat Pengangkutan Jarak Dekat
- Khidmat Pengangkutan Jarak Jauh
- Menjual Makanan dan Minuman
- Editor
- Membuka Jenama Sendiri
- Tukang Pakar (Expert)
- Affiliate Agent – Bisnes Online Tanpa Modal
- Mengajar (Online Tuisyen)
- Dropship
- Stock / Forex Trading & Investing
- Pereka Website (Web Designer)
- Pereka Grafik (Graphic Designer)
- Video Editor
- Jurugambar (Photographer)
- Social Media Influencer
- Youtuber
- Penulis Konten (Content Creator)
- Dibayar untuk Mengurus Social Media orang lain
- Pakar SEO
- Blogger
- Khidmat Bantuan Bisnes masuk Digital (Digital Service Agency)
- Jurulatih Peribadi (Personal Trainer)
- 3D-Printing Servis
- Bookkeeping (Servis Buat Account)
- Podcast
- Pakar Haiwan Peliharaan (Pet Expert)
- Menjual Design Baju Sendiri
- Bisnes Bundle Online
- Penterjemah (Translator)
- Digital Marketing Agency
- Servis Cuci (Cleaning Service)
- Cuci Kereta Bergerak (Mobile Car Wash & Detailing)
- Online Chef
- Tukang Pasang Perabut dan IKEA
- Pelukis Dinding (Mural Painting)
- Pakar Kereta / Moto
- Cryptocurrency dan NFT
- Mekanik Bergerak (Mobile Mechanic)
- Hobby sebagai Bisnes
- Pakar Technology
- Fesyen / Kecantikan
- Kursus Online (Online Course)
- Bisnes Coach (Business Coach)
- eBook
- Konsultan Pelancongan (Travel Consultant)
- Pengajar Bahasa (Language Teacher)
- Kontraktor Rumah
- Khidmat Menjahit
- Gunting Rambut Bergerak (Mobile Hairdresser)
- Online Runcit
- Petani Moden (Modern Famer)
- Virtual Assistant
- Online Community
- Event Organizer
- Live Streaming Service
- Penulis (Author)
- Pengajar Musik (Music Teacher)
- Filem Pendek
- Penyanyi
- Jual Gambar dan Video (Stock Photo / Video)
- Online Researcher
- Live Event Host
- Community Manager
- Personal Shopper
- Subtitle Service
- Pakar Web3 (Web3 Expert)
- Online Talent Manager
- Online Business Consultant
- Penulis CV dan Surat Berhenti Kerja
- Bisnes Wellness
- Online Project Manager
- Pakar Hadiah
- Servis Pindah Rumah
- Programmer
- Livestream Gamer
- Khidmat untuk Pelajar ke Luar Negara
- Servis Data Entry
- Online Personal Assistant (PA)
- Online Sales Admin
- Jual Lukisan
- Pakar Digital Advertising
- Khidmat Tarik Customer (Lead Generation Service)
- Cloud Kitchen
- Pengajar Sukan Online (Online Sports Coach)
- Bisnes Bed & Breakfast (Airbnb)
- Jadi WordPress Developer
- Online Media
- Production House untuk Influencer / Youtuber / Syarikat
- Bina Online Game Sendiri
- Live Sales Host
- Pakar Cuci Kasut (Sneaker Cleaner)
- Online Runner
- Bina e-commerce platform untuk bisnes lokal (Online Marketplace)
- Jual Suara (Voiceover)
- Servis Kejuruteraan
- Coach Motivasi
Jual Produk Online
Pasti semua tahu berkenaan menjual produk di Shopee dan Lazada. Menjual produk online adalah bisnes online paling asas dan anda bole bermula menjual apa-apa produk di seluruh internet dengan modal serendah kosong. Dengan ringkas, terdapat 3 cara untuk menjual produk online:
i. Menjual produk orang lain tanpa simpan stok
Dengan ada modal permulaan, anda boleh membeli stok produk dalam sebuah niche dan bemula menjual online. Semua barang boleh dijual online dan anda bole membuka kedai di Shopee atau Lazada menjual kasut, tudung, baju, telefon bimbit, barang runcit, dan lain-lain.
Terdapat juga program-program agent dimana anda boleh menjual produk sebagai agent seperti Sugarbomb atau membeli / memborong produk dari kilang dan menjual balik online.
ii. Menjual produk orang lain tanpa simpan stok
Anda boleh bermula menjual produk online tanpa simpan stock dengan cara kerjasama dengan stockist sebagai dropship agent atau bersama kedai / kilang yang ada stok dan hanya beli bila terima order.
Anda boleh bekerjasama dengan kedai dimana jika mereka tidak menjual produk online, anda boleh membantu mereka dengan menjual produk mereka online melalui anda. Antara kedai dan anda, sudah ada harga kos yang telah setuju untuk anda beli waktu ada order and jual mengikut harga yang anda tetap. Contoh seperti membantu bengkel kereta menjual minyak engine online di Shopee.
Kerana masih ramai kedai diseluruh Malaysia yang masih belum jual online, ini adalah peluang paling besar untuk ramai bermula bisnes online menjual produk tanpa simpan stok.
Untuk lebih info berkenaan dropship, sila turun ke nombor 13. Dropship
iii. Menjual produk buatan sendiri
Tangan berbakat membuat produk? Jual online produk yang anda buat sendiri, tanam sendiri, atau produk bawah jenama anda. Jika anda ada kebun, anda boleh menjual online seperti ubi. Anda pandai membuat sambal? Boleh membuat dan membuka jenama sendiri seperti Sambal Merghek.
Semua barang boleh jual online sebagai bisnes online, anda juga boleh menjual batu dari sungai online dan akan ada ramai yang akan beli.
Untuk lebih info berkenaan jenama sendiri, sila turun ke nombor 9. Membuka Jenama Sendiri
Menjadi Agent Jualan (Sales Agent)

Salah satu bisnes online yang boleh mendapat jana pendapatan yang tinggi dengan modal rendah. Menjadi Agent Jualan (Sales Agent) secara online adalah pilihan yang menarik untuk individu yang mencari ‘Side Income’ atau full-time bisnes kerana masa harian yang fleksibel.
Terdapat banyak pilihan untuk menjadi Sales Agent termasuk:
Setiap program Sales Agent akan ada kelas latihan sebelum menjual untuk melengkapkan setiap individu dengan ilmu dan kepakaran kepada produk yang mereka jual.
Anda sebagai Agent boleh mempromosi servis anda di laman web onjob untuk mendapat market baru, jom join
Food Rider
Food Rider adalah kerja yang ramai telah join waktu MCO. Food Rider adalah bisnes online kiriman makanan dimana Rider terima order dari kedai makan melalui aplikasi seperti GrabFood dan bantu kirim ke rumah pembeli. Rider akan menerima fee kiriman dari aplikasi tersebut.
Terdapat beberapa aplikasi order makanan online termasuk:
Tip
i. Food Rider boleh perkembangkan income mereka dengan cara membuka Social Media Account sebagai individu (atau jenama sendiri) dan post content kiriman makanan, video hiburan, cerita / sembang harian. Dengan profile ini, Rider boleh promosi diri sebagai Freelance Rider & Runner dimana restoran boleh memanggil dan mengguna servis Rider untuk kirim order banyak untuk event atau lain-lain kerperluan dengan harga cas lebih tinggi tanpa kongsi dengan aplikasi.
Untuk lebih info berkenaan Runner, sila turun ke nombor 96. Online Runner
Driver

Seperti Food Rider, anda boleh menjadi Driver untuk aplikasi seperti Grab dan Air Asia untuk mendapat income harian dengan mengguna kereta anda untuk angkat penumpang dan bawa ke destinasi.
Dengan masa yang sama, anda juga bole tambah jana pendapatan seperti tip di Food Rider dengan membuka Social Media Account untuk promosi diri sebagai Private Driver. Anda boleh menawarkan diri untuk sewa kereta bersama driver harian, airport transfer, dan jalan jauh seperti Rosli Yeop di dalam onjob.
Anda sebagai Driver / Rider boleh mempromosi servis anda di laman web onjob untuk mendapat market baru, jom join
Khidmat Pengangkutan Jarak Dekat
Dengan kereta atau moto anda, anda boleh membuat bisnes online dengan khidmat pengangkutan jarak dekat sendirian atau melalui aplikasi kiriman seperti lalamove.
Terdapat beberapa aplikasi kiriman termasuk:
Tip
Anda boleh membuka Social Media Account dan Laman Web (website) sendiri untuk promosikan diri atau jenama anda dengan servis kiriman barang untuk individu dan bisnes di dalam daerah anda.
Bisnes seperti kedai kek akan mencari dan perlu tolongan kiriman order mereka ke beberapa tempat dalam sehari dan ini akan menjimatkan kos mereka jika dapat individu yang boleh bantu kirim dalam 1 perjalanan.
Khidmat Pengangkutan Jarak Jauh

Anda tak perlu lori atau van untuk bermula bisnes pengangkutan. Dengan kenderaan yand ada, anda boleh bermula dan pelan2 “upgrade” kepada kenderaan yang lebih besar pada masa hadapan bila sales naik.
Seperti UD Transportation dalam onjob, mereka kirim moto dan barang-barang rumah dengan kereta pickup dan “upgrade” kepada van untuk terima order yang lebih besar dan jarak jauh.
Ramai permintaan untuk kiriman seperti perabut atau bumper Myvi dari Johor ke Kuala Lumpur dan anda boleh jadi salah satu bisnes online yang menawarkan perkhidmatan “Open Trip”.
Open Trip ialah perjalanan terbuka dan muatan kongsi dengan barang orang lain menghala ke beberapa destinasi.
Jika anda sering jalan jauh ke negeri lain, anda boleh buka Social Media Account dan Website untuk servis open trip pada hari terentu ke destinasi negeri sekian.
Ramai bisnes seperti kedai spare part akan mencari Open Trip kiriman seperti ini kerana mereka akan menjimat kos kiriman barang berat dan lebih cepat berbanding dengan kurier.
Anda sebagai Logistic boleh mempromosi servis anda di laman web onjob untuk mendapat market baru, jom join
Menjual Makanan dan Minuman

Menjual makanan dan minuman online adalah bisnes online yang laris. Dengan permintaan yang tinggi, anda boleh jual apa jenis makanan dan minuman melalui aplikasi makanan seperti Grab atau online di Shopee dan Facebook seperti Kek Sarang Semut Bonda Khalish.
Hanya dengan kreatif dan alat dapur, anda boleh buat apa jenis makanan seperti Taro Ball Dessert di website atau Aiskrim Ali di Instagram dan mula menjual makanan online.
Anda boleh promosi dan menjual makanan anda di banyak tempat Online termasuk:
Editor
Dengan kenaikan online, permintaan untuk buku dan tesis akan juga naik dalam format elektronik termasuk ebook. Sebagai Editor, anda dibayar untuk menjadi pakar yang teliti dalam setiap patah dan baris ayat. Dengan format dan ejaan dengan tepat, Editor membantu setiap buku dan fail untuk diterbit tanpa apa jua kesilapan.
Sesuai untuk individu yang pakar dengan bahasa dan tatabahasa.
Pemintaan untuk Editor adalah tinggi dan anda boleh promosikan diri di laman web seperti Fiverr dan Upwork.
Membuka Jenama Sendiri
Zaman sekarang lebih senang untuk membuka jenama sendiri untuk apa jua produk atau servis. Hanya dengan memikir nama dan register account di Social Media, anda boleh bermula menjual produk dan servis anda.
Anda boleh design logo dan bahan marketing di dalam grafik software seperti Canva dengan percuma dan juga membuka website untuk menaikkan jenama anda.
Untuk produk seperti pembersihan, anda boleh mencari kilang yang boleh membuat produk anda dan bermula pasaran dengan cepat tanpa memikir tentang production seperti produk pembuang kotoran oleh Hygee.
Anda boleh juga membuat dan membekal produk dari rumah untuk permulaan seperti produk kosmetik oleh Hygr.
Jika anda adalah pakar dalam satu industri seperti otomotif, anda boleh membuka jenama sendiri untuk menjual produk dan servis seperti F Tuned Racing Suspension.
Membuka jenama sendiri adalah bisnes yang susah untuk permulaan kerana anda harus melabur banyak masa dan modal untuk pasaran (marketing) produk dan servis anda.
Perbezaan besar antara menjual produk orang lain dan menjual produk jenama sendiri adalah kawalan. Anda boleh kawal produk dan servis anda tanpa halangan dari atasan. Ini fakta penting jika anda berniat untuk menaik jenama anda ke peringkat seterusnya.
Tukang Pakar (Expert)

Anda berbakat dan pakar dalam sesuatu bidang? Repair telefon bimbit, pasang dan servis aircond, dan lain-lain?
Anda boleh menjual kepakaran anda sebagai bisnes online. Dengan permintaan tinggi dalam Malaysia, ramai mencari tukang pakar dalam setiap bidang dan masih ramai bisnes belom memasuki online. Ini memberi peluang untuk bisnes-bisnes yang lain dan yang baru untuk membuka dan manjual servis mereka online dan mendapat pasaran baru.
Anda boleh promosikan bisnes dan kepakaran anda di Social Media, membuka website sendiri, dan juga mendaftar bisnes anda di laman web pasaran servis seperti mudah dan onjob.
Tips Bisnes Online
Ramai pelanggan akan melayari web pasaran servis seperti mudah dan onjob untuk mencari yang pakar di kawasan terdekat untuk membantu dengan keperluan mereka.
Untuk mendapat impak maksimum marketing, anda harus muat naik (upload) seluruh senarai perkhidmatan (list of service) kepada laman web seperti berikut dan website sendiri. Kerana ramai pelanggan online akan mencari keperluan khusus dan jika anda ada salah satu perkhidmatan yang mereka mencari, anda akan mendapat sale berbanding yang lain yang tiada senarai perkhidmatan.
Contoh bisnes online yang muat naik senarai perkhidmatan dalam onjob:
– Pakar repair telefon bimbit, jam tangan, smart tag dan lain-lain oleh my phone station
– Pakar cuci kerusi kereta, kerusi rumah, sofa, katil, carpet, dan lain-lain oleh ChooChee
– Pakar Servis Aircond oleh Sahabat Aircond
– Pakar Kunci Rumah dan Kereta oleh SATU Locksmith
Anda sebagai Pakar dalam apa bidang boleh mempromosi servis anda di laman web onjob untuk mendapat market baru, jom join
Affiliate Agent – Bisnes Online Tanpa Modal
Affiliate Agent adalah bisnes online yang pemintaan tinggi. Jika pernah melayari atau join Facebook Group seperti Racun Shopee Malaysia, anda akan nampak ramai individu yang promosi produk-produk yang mereka jumpa di Shopee dan Lazada. Ini kerana mereka akan menerima komisen untuk setiap pembelian yang melalui link mereka beri atau paparan.
Shopee, Lazada dan lain-lain syarikat seperti Watson dan Sephora; menawarkan program Affiliate.
Bagaimana Affiliate berfungsi, anda mendaftar ke program Affiliate di laman web seperti Involve Asia sebagai Publisher. Selepas daftar, anda pilih syarikat yang anda berminat seperti Shopee di bahagian “Advertiser”. Dalam masa yang sama, anda pilih produk di dalam Shopee yang anda berminat dan ambil link produk itu dan tampal di dalam laman web Involve Asia di bahagain “Deeplink Generator” dan tekan submit.
Anda akan terima link istimewa dimana anda share link ini kepada semua tempat termasuk Social Media untuk orang klik dan beli.
Affiliate adalah sejenis program dimana setiap link istimewa yang anda buat melalui account anda, mengandungi kod khas yang ada info-info account anda. Waktu orang tekan link istimewa ini dan buat bayaran, sistem Involve Asia akan terima isyarat ini dan akan terima komisyen dari penjualan.
Tip Bisnes Online
Sebagai Affiliate Agent, anda harus membuka social media account dan menaikkan “follower” untuk mendapat lebih ramai penonton ke dalam social media anda untuk menerima berita-berita dan produk terbaru yang anda rekomen dalam Shopee sebagai Shopee Affiliate.
Sebagai Affiliate Agent juga, anda harus bertindak sebagai pakar content dan produk dalam idustri untuk manaikkan kepercayaan dari penonton. Formula Affiliate Marketing ini yang paling berkesan berbanding melimpahkan social media anda dengan macam-macam produk affiliate link tanpa content bermakna atau bermanfaat.
Anda boleh join program Affiliate seperti Shopee, Lazada, Watson, Big Pharmacy, Sephora, dan lain-lain melalui satu platform. Jom Join Involve Asia
Mengajar (Online Tuisyen)
Ramai mencari ilmu dan ilmu adalah industri yang kukuh. Anda boleh menjual ilmu dan mendidik pelajar melalui kelas tuisyen online. Anda boleh mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar warga asing yang berminat melalui Zoom, atau mengaji bersama melalui Facebook Live.
Jika anda berpengalaman atau pakar dalam satu bidang, pasti ada yang berminat nak belajar dan perlu pendidikan termasuk pelajar sekolah rendah.
Anda boleh membuka account Facebook dan mempromosikan kelas tuisyen anda dan juga posting content ajaran seperti Che’gu JD mengajar bahasa Jepun atau boleh buka kelas tuisyen website seperti MCPLUS.
Dropship
Dropship adalah bisnes model menjual produk tanpa simpan stok. Anda sebagai dropship agent untuk syarikat pilihan, akan terima harga kos bawah pasaran untuk setiap produk dan tiada order minimum. Anda juga tidak perlu proses dan kirim order kerana syarikat pilihan anda yang akan bantu proses dan kirimkan kepada pelanggan. Anda hanya perlu terima order dan buat bayaran kepada syarikat untuk bermula proses order.
Sebagai bisnes dropship, ia akan memberi keuntungan yang laris untuk setiap individu kerana:
– Tiada kos pembelian stok awal
– Tiada kos sewa simpnan stok
– Tiada kos pembungkusan seperti kotak, tape, bubble wrap
– Tiada kos pekerja untuk bungkus stok
Terdapat banyak program dropship di dalam semua industri, anda boleh pilih program dropship yang sesuai dan kesukaan anda untuk bermula seperti penjualan tudung, otomotif, atau produk outdoor dan sukan seperti program dropship oleh PPT Outdoor.
Kerana program dropship sangat popular dalam Malaysia, sudah ramai individu mendaftar dalam program dropship dalam semua industri. Membuat pasaran penuh dengan barang yang sama atau masalah harga kawalan.
Dengan strategi pemasaran yang kukuh, anda boleh menjual produk sama seperti orang lain mengikut harga anda.
Tip dan cara memulakan bisnes online
- Sebelum mendaftar program dropship pilihan anda, semak dahulu syarikat tersebut dan lihat website mereka (jika ada) dengan informasi penting seperti alamat syarikat, no. pendaftaran, dan lesen (jika perlu seperti industri kesihatan)
- Semak produk mereka di Shopee, berapa penjual berada dalam Shopee dan adakah harga jualan mereka mengikut harga pasaran atau harga buang.
- Semak jika syarikat itu memberi perkhidmatan admin support untuk soalan dan bantuan
- Tanya syarikat jika mereka memberi content, gambar, copywriting untuk bantuan Marketing bisnes anda
- Jika produk dan jenama yang berminat untuk mendaftar sebagai dropship itu ramai agen dalam pasaran, ini adalah tanda risiko permulaan dropship dan penjualan agak susah untuk yang baru dan tanpa pengalaman marketing.
- Untuk menyenangkan penjualan, fokuskan masa anda kepada menaikkan bisnes anda sebagai jenama yang orang bole percayai melalui social media content. Posting content yang penonton akan bermanfaat akan membantu dengan masa depan untuk menjual produk bila penonton percaya kepada bisnes dan jenama anda.
Stock / Forex Trading & Investing
Jual Beli Saham (Stock Trading) dan Foreign Exchange (Forex Trading) adalah bisnes online yang popular untuk mendapat jana pendapatan tinggi dan stabil. Stock Trading & Investing adalah cara membeli saham waktu harga rendah dan jual pada masa depan waktu harga saham naik. Sama prinsip dengan Forex Trading, membeli matang wang waktu harga rendah dan jual pada harga tinggi.
Contoh Stock Trading:
Anda membeli saham Maybank dengan harga RM8.00 sesaham dan jual dalam masa 9 bulan dengan harga RM8.86 sesaham. Untung 86 sen.
Jika anda membeli 100 saham Maybank (RM800.00), anda untung RM86.00 dalam masa 9 bulan.
Contoh Forex Trading:
Anda membeli duit US Dollar (USD) dengan harga RM4.00 untuk $1.00 USD dan tukar balik ke Ringgit dalam masa 1 tahun lebih bila harga $1.00 USD menjadi RM4.50. Untung 50 sen.
Jika anda membeli $100.00 USD (RM400.00), anda untung RM50.00 dalam masa 1 tahun lebih.
Pada zaman dahulu, anda boleh forex trading dengan cara membeli duit melalui kedai Money Changer dan jual balik bila harga naik / turun. Sekarang anda boleh Forex dan Stock Trading melalui online dan terdapat beberapa aplikasi yang sedia ada untuk trading.
Anda boleh bermula belajar saham melalui lawan web Bursa Malaysia dan juga mengikut dari individu yang berpengalaman seperti Dividend Magic.
Anda juga boleh ikut Personal Finance Blogger Ringgit Oh Ringgit untuk belajar lebih info tentang Investing dan Personal Finance
Untuk lebih info berkenaan Cryptocurrency dan NFT, sila turun ke nombor 41. Cryptocurrency dan NFT
Pereka Website (Web Designer)
Pereka Website (Web Designer) adalah seorang individu yang pakar dalam reka bentuk website untuk pelbagai keperluan terutamanya reka bentuk website untuk sebuah bisnes. Anda boleh menjadi Web Designer dengan 2 cara utama:
i. Belajar coding asas termasuk HTML dan CSS
ii. Belajar mengguna Content Management System (CMS)
HTML dan CSS
Anda boleh belajar coding dari tahap asas (HTML dan CSS) sampai tahap advance coding (Python) melalui laman web freeCodeCamp dengan percuma. Anda juga akan terima sijil untuk setiap kursus yang selesai. Di industri Web3, sijil dari freeCodeCamp ada nilai untuk memasuk dalam project dan pekerjaan syarikat-syarikat Web3.
Anda juga boleh belajar dan bina projek web dan mobile aplikasi secara Live melalui kelas dari CLAZZY Malaysia.
Content Management System (CMS)
Anda boleh belajar dengan cara cepat membina website tanpa memahami penuh coding HTML dan CSS melalui Content Management System (CMS) seperti WordPress. WordPress ialah open-source CMS dimana anda boleh install system ini di dalam local server atau cloud hosting dan bermula reka bentuk Website untuk anda dan untuk pelanggan anda.
Anda boleh belajar WordPress melalui laman web Learn WordPress mereka untuk memahami penuh berkenaan WordPress dan Website Design.
Anda juga boleh mendapat referansi plugin yang sesuai dan penting untuk WordPress anda dari Laut Media.
Permintaan untuk Pereka Website (Web Designer) telah menaik berbanding dahulu, walaupun dengan teknologi masa depan Web3, Web Designer akan masih berkaitan dan mengikut bersama Web3 kerana setiap bisnes Web3 dan Web2 memerlukan website asas termasuk Landing Page, About Page, Sales Page, e-commerce, dan sebagai nya. Anda boleh semak pekerjaan dalam industri Web3 melalui Web3 Career.
Anda boleh menjual servis anda online melalui Social Media dan juga di laman web Fiverr, Upwork, dan onjob.
Anda sebagai Web dan Graphic Designer boleh mempromosi servis anda di laman web onjob untuk mendapat market baru, jom join
Pereka Grafik (Graphic Designer)
Setiap bisnes akan memerlukan logo, bisnes kad, poster, billboard, content graphic, web graphic, dan lain. Walaupon ramai boleh reka grafik melalui web program seperti Canva, permintaan yang kreatif sebagai Pereka Grafik (Graphic Designer) masih diperlukan untuk bisnes yang berkembang.
Anda boleh memulakan bisnes sebagai individu untuk menaikkan portfolio dan rekrut Designer bila sudah berkembang untuk membuka bisnes Graphic Design.
Jika anda hanya berbakat mengguna Canva, anda boleh membuat networking bersama Graphic Designer yang lain yang reti dengan Adobe Illustrator untuk projek lebih advance yang diluar kepakaran diri.
Anda boleh menjual servis anda online melalui Social Media dan juga di laman web Fiverr, Upwork, dan onjob.
Tip
Mencari program grafik yang percuma? Anda boleh type di google: ‘open source image editing’ untuk mendapat program-program yang percuma. Berikut adalah senarai untuk permulaan:
i. Open Source Image Editor – GIMP
ii. Open Source Illustrator – Inkscape
Video Editor
Permintaan untuk Video Editor telah meloncat sampai bulan (to the moon) semenjak TikTok masuk Malaysia. Kerana TikTok, Social Media lain termasuk Facebook, Instagram, Pinterest, dan Youtube bermula menolak lebih cotent video dan short reels menjadikan content utama untuk penonton adalah video format content.
Oleh kerana itu, ramai telah membeli dan upgrade telefon bimbit kepada model yang terbaru dan iPhone (model: oh, so pro! Max) untuk mendapat camera berkualiti dan function tambahan seperti Cinematic mode dan Slow-motion untuk menaikkan kualiti video content mereka.
Dengan lebih banyak video dimuat naik online, akan ada lebih banyak permintaan untuk Video Editor dari asas ke tahap Professional.
Sebagai Video Editor, anda bertanggungjawab dengan menyusun video kepada susunan yang menarik dan terarik kepada penonton dengan tambahan effect dan ikut rencak lagu.
Sebagai tahap Professional, anda boleh menaikkan industri standard Malaysia melangkah hadapan dengan Color Grading.
Ramai videographer, influencer, dan youtuber memerlukan servis Video Editor kerana mereka telah menghabiskan masa merakam dan merancang content, mereka mengguna servis Video Editor untuk siapkan video mereka.
Anda boleh menjual servis anda online melalui Social Media dan juga di laman web Fiverr, Upwork, dan onjob.
Tip
Mencari Video Editing Software percuma? Dibawah adalah senarai untuk permulaan:
i. DaVinci Resolve – Free Professional Video Editing, Color Grading, FX, Audio Software. Sesuai untuk filem dan commercial
ii. CapCut – Free Instant Web Video Editing. Sesuai untuk edit video untuk Social Media termasuk TikTok
iii. Shotcut – Open Source Video Editing Software. Sesuai untuk computer standard
Ingin belajar mengguna DaVinci Resolve? boleh belajar dari Youtube ini.
Jurugambar (Photographer)
Instagram telah menaikkan standard gambaran dalam Malaysia. Lebih ramai keperluan jurugambar (Photographer) berbanding dahulu kerana ramai individu, influencer, dan bisnes memerlukan content gambaran untuk penggunaan mereka online.
Sebelum ini, Photographer yang ada Camera DSLR akan mencari projek wedding dan event sebagai income. Sekarang, sesiapa yang ada apa jenis camera dan telefon bimbit modern (macam yang Oh, so Pro) boleh mendapat projek wedding dan event.
Anda boleh bermula sebagai Photographer dan menjual servis anda di pasaran dengan strategi modern. Check kawasan anda dan cuba carik bisnes kedai makan yang memerlukan bantuan untuk mengambil foto makanan yang mereka jual untuk kegunaan online termasuk Grab.
Anda juga boleh menjual foto yang ambil harian dan menarik melalui online platform stock photo seperti Shutterstock.
Anda boleh menjual servis anda online melalui Social Media dan juga di laman web dan onjob.
Tip
i. Naik portfolio anda dengan cara uplad foto yang anda ambil ke Instagram dan juga kepada website free stock photos seperti Pexels untuk memberi orang lain mengguna foto anda secara percuma.
ii. Belajar menaikkan level Photography anda dengan yang pakar seperti Peter McKinnon.
Social Media Influencer
Adakah menjadi Social Media Influencer dapat memberi income?
Jawapan nya adalah ya, boleh!
Sesiapa yang dapat memegang mata penonton, maka dia memegang kuasa yang lebih kuat dari kuasa menteri
Mo Takovic
Sebagai Social Media Influencer, anda boleh mendapat income melalui beberapa cara termasuk:
i. Menjual produk sendiri
ii. Dropship
iii. Mengajar
iv. Paid Review
v. Menjadi Brand Ambassador
Terdapat lebih banyak cara untuk Influencer mendapat income dengan strategi utama iaitu mengurus diri anda seperti bisnes.
Social Media Influencer adalah konsep sama dengan Celebrity dan Model dimana mereka ada follower dan mengguna follower mereka untuk promosi barang yang mereka menyokong seperti Leona Azhar dan UNIQLO, Iman Alysha dan Watsons, atau Ivor Xian Z dan Joey Mattress.
Tip cara mulakan bisnes online sebagai Influencer
Sebagai Influencer, anda boleh menjual servis sebagai User Generated Content (UGC) ke Freelance Website seperti Fiverr dimana bisnes boleh kirim produk atau informasi kepada anda untuk anda merakam video anda dengan produk mereka.
Seperti di link Fiverr, anda boleh memasuki servis UGC anda dengan Bahasa Melayu, Tamil, dan Chinese; untuk menarik pelanggan dalam Malaysia dan luar negara.
Youtuber
Berminat menjadi Youtuber? Terdapat banyak peluang untuk menjadi Youtuber dan anda boleh bermula membuka Youtube Channel dengan segera.
Youtuber adalah individu atau sekumpulan membuat content yang menarik untuk penonton menonton dengan percuma.
Youtuber membuat income dengan beberapa cara termasuk:
i. YouTube Partner Program
ii. Brand Endorsement / Sponsorship
iii. Affiliate Link
iv. Menjual Produk
v. License Content
dan lain-lain
Menjadi Youtuber, anda harus bermula dengan topic content yang anda berminat dan harus memberi masa untuk menaikkan penonton. Anda boleh product review seperti Bull Gadget, Friendship dan Entertainment seperti Ammar Nazhan dan Isa Isarb, atau comedy seperti Raisin Entertainment.
atau… boleh jadi Ikon Permotoran
Tip
Dari Interview Coffeezilla dan Mr. Beast, “Untuk mendapat penonton paling banyak, buat content yang paling extreme, menarik, dan menghiburkan” Mr. Beast
Penulis Konten (Content Creator)
Dengan ramai Influencer, Youtuber, dan Bisnes Online, content adalah masalah nombor 1. Penulis Konten (Content Creator) adalah seorang individu mencipta content mengikut tema. Seorang Content Creator dapat mencipta content khas untuk Facebook, Instagram, TikTok, Twitter, TikTok, LinkedIn, dan Website setiap hari selama 30 hari untuk 1 tema topic. Ini adalah level Content Creator Professional.
Sebagai Content Creator, anda boleh bantu bisnes seperti cafe untuk mencipta dan buat content untuk mereka selama 7 / 30 hari awal-awal. Atau bantu Youtuber mencipta content untuk Facebook, Instagram dari content Youtube mereka.
Anda juga boleh menjual servis anda sebagai Content Creator di Fiverr
Dibayar untuk Mengurus Social Media orang lain
Ya, betul! Anda boleh dibayar untuk mengurus Social Media orang lain dan dijadikan sebagai bisnes online dan mengurus untuk beberapa Social Media account. Ramai individu dan bisnes-bisnes dalam Malaysia tidak aktif dengan Social Media mereka dan tidak mengurus dengan betul untuk mendapatkan follower dan engagement untuk account mereka.
Sebagai Pengurus Social Media, anda bertanggungjawab dengan muat naik foto / video, reply comment, posting dalam group, reply PM, dan lain-lain (tergantung kepada permintaan pelanggan). Anda boleh dibayar contoh untuk bantu Youtuber reply pada comment dalam Youtube Channel dengan template diberi dari Youtuber tersebut. Kerana ada Youtube Channel yang besar dengan lebih ratusan video, mereka mengalamai masalah dengan mengurus komen yang masuk dalam sehari untuk reply satu per satu. Jadi mereka akan beri kerja ini kepada orang lain melalui outsourcing. Sama situasi dengan TikToker yang account besar dimana mereka memerlu bantuan dengan comment dalam video TikTok mereka.
Terdapat banyak pekerjaan dalam industri Social Media dimana Influencer, Youtuber, dan bisnes-bisnes memberi kerja kepada orang lain untuk apa jenis keperluan mengurus Social Media account mereka. Account yang besar (melebihi lebih 1 juta follower) akan ada content dengan kuantiti lebih ratusan / ribuan. Kerana majoriti account besar ini berada di negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, atau Germany, mengupah seorang individu dari negara mereka agak kos tinggi untuk kerja kecil seperti reply comment, muat naik video, retweet, share content dalam group, dan lain-lain. Mereka boleh kurangkan kos dengan mencari individu ini di negara Asia seperti India, Vietnam, Indonesia, dan Malaysia.
Tahukah anda?
Kebanyakan video dan live stream yang view tinggi dan komen banyak adalah dibayar? Terdapat beberapa Social Media Account di luar yang ingin menaikkan follower dan view mereka secepat mungkin dengan bayar seorang untuk tonton dan engage sebuah video dalam Youtube atau bantu chat engagement dalam Twitch Live Steam. Terdapat juga job posting dari agensi mencari individu dan dibayar untuk tonton sebuah video dalam Youtube.
Anda boleh dibayar untuk mengurus Social Media account orang lain dengan kerja asas yang remeh temeh. Anda juga boleh dijadikan sebagai bisnes dan promosikan diri anda online untuk menjaga dan mengurus beberapa account Social Media serentak dan promosi servis anda di website antarabagsa seperti Fiverr atau website tempatan: onjob.
Tip
– Untuk mengurus beberapa Social Media serentak sebagai bisnes online, anda boleh pakai software seperti Buffer dimana anda dapat posting content, check data (Analytics), dan reply kepada comment.
– Kerana kerja dan bisnes ini banyak dari luar negara, anda harus ada cara untuk terima pembayaran. Anda harus buka akaun untuk terima duit dari luar seperti Paypal atau mengguna Online Bank seperti Wise dimana duit boleh terima dalam mata wang international dan terus withdraw masuk account Bank Malaysia.
– Anda harus sedia ada computer & smartphone dan Social Media Account yang aktif untuk mendapat dan mengurus Social Media Account orang lain.
– Bahasa English (level komunikasi) adalah wajib untuk industri ini kerena kebanyakan kerja dan projek ini akan datang dari luar negara.
– Anda juga boleh mendapat kerja melalui agensi recruit online atau cari di web portal kerja seperti Web3 Career untuk kerja dengan syarikat Technology dalam industri Web3.
– Banyak syarikat, Influencer, dan Youtuber agak memilih dengan siapa mereka ingin bekerjasama dengan untuk mengurus account mereka. Mereka akan semak setiap individu dan bisnes untuk tahap minima kemahiran jika calon tersebut reti mengguna aplikasi seperti Twitter; atau jika calon tersebut reti dan ada alat lengkap untuk upload video ke Youtube dengan format, informasi, dan setting yang betul.
Anda boleh check kerja mana yang anda sesuai dalam industri Social Media melalui agensi ni punya Job Quiz.
Pakar SEO
Terdapat banyak website di dalam Internet dan untuk mencari website ini (tanpa tahu link mereka), anda akan guna Google dan search ‘bengkel kereta batu caves’ dan lihat website dan bisnes mana berada di dalam halaman pertama.
Bila terdapat banyak perjumpaan website dari 1 search, Google akan memilih website mana akan berada di halaman pertama mengikut kualiti website tersebut dari segi:
– Content dalam Website
– Security Website
– Website Update
– Traffic Pelawat
– Rujukan dari Website lain
– Keyword
dan lain-lain
Semua fakta di atas akan membuat sistem Google memilih dan membuat keputusan Website mana yang berhak berada di halaman pertama. Kerana ramai pelanggan yang berpotensi hanya duduk di halaman pertama untuk mencari website berkenaan.
Ini dinamakan teknik Search Engine Optimization (SEO) / Pengoptimuman Enjin Carian (PEC) kepada website.
Anda boleh belajar tentang SEO dan mula bisnes membantu website bisnes dan blog menaik pangkat website mereka sampai halaman pertama dalam keyword khusus seperti Blog oleh Helmi Hasan.
Sebagai Pakar SEO, anda boleh menjual servis anda online di laman web Fiverr.
Bonus
Ingin belajar SEO dengan cara percuma? Anda boleh belajar di Google Digital Garage – Search Engine Optimization Fundamentals (Free)
Blogger
Setiap individu ada cerita dalam harian mereka. Pada zaman dulu, cerita harian ini akan dicatat dalam sebuah buku dan dijadikan sebagai diari dan diari ini akan disimpan di tempat yang selamat dan jauh dari keluarga. Bila zaman internet masuk, mula beberapa individu muat naik cerita harian mereka ke dalam internet sebagai website blog untuk kongsi cerita harian mereka kepada semua orang online.
Dari zaman permulaan internet ke zaman social media, orang masih ingin menyimpan dan berkongsi cerita harian mereka online dan ada pembaca dalam internet yang akan terhibur dengan cerita harian seseorang. Blog bukan sahaja untuk cerita harian peribadi seperti Health Freak Mommy pada tahun 2007, ia boleh bercerita harian mereka melancong atau pergi ke kedai restoran dan kongsi apa mereka makan dan pendapat mereka seperti Meiyen pergi makan di restoran FLOUR pada tahun 2021. Blog juga boleh menjadi platform anda untuk review produk yang anda beli, rekomen, dan promosi produk tersebut seperti Helmi Hasan pasang Ultra Racing Bar pada Myvi dia pada tahun 2021.
Anda boleh dibayar sebagai Blogger untuk menulis sebuah cerita, review produk, review tempat, atau dibayar untuk menulis di platform orang lain sebagai servis. Anda boleh mendapat income dengan meletak ruang periklanan di dalam blog website anda untuk bisnes atau syarikat iklan produk / servis mereka seperti Google bayar anda untuk ruangan kosong dalam website anda dan isi iklan-iklan dari Google dan Customer Google (Google AdSense). Anda juga boleh dapat income dengan isi Affiliate link dalam Blog anda.
Buka income anda dengan lebih luas bila anda bergabung Blog Website anda dengan bisnes online yang lain sebagai Influencer, Youtuber, atau menjual produk.
Anda boleh mula sebagai Blogger dan dibayar sebagai Blogger dengan membuka Website Blog anda dan mula muat naik blog sekerap mungkin. Anda boleh buka blog sebagai peribadi atau sebagai jenama anda. Dari segi topik, anda harus pilih industri mana yang anda minat seperti Technology, Food, Business,. atau lain-lain. Kerana banyak website dan blog dalam internet, ia akan menjadi agak susah untuk mendapat pembaca ke website anda; jadi anda harus fokus kepada satu niche yang anda pakar atau yakin untuk berblog seperti blog Badminton dalam industri Sukan, blog Bujang dalam industri Lifestyle, atau blog Makanan dalam Malaysia dalam industri Makan.
Untuk bermula blog website anda, anda harus mengambil masa untuk membuat keputusan adakah anda ingin blog wesbite yang rupa cantik dan mengandungi banyak function untuk berkembang atau blog biasa cukup untuk berblog. Di bawah adalah 2 pilihan untuk membina blog website anda:
– Blogger (blogspot) – Platform bina blog website asas secara percuma dan boleh dibayar dari Google untuk isi iklan bila cukup traffic (pembaca)
– WordPress – Platform bina blog website percuma tetapi memerlu Domain dan Hosting untuk jalan. WordPress boleh membuat website dengan level advance dengan banyak fungsi-fungsi melalui Plugin dan coding.
Blogger lebih senang untuk membina blog website, hanya daftar masuk dan boleh mula berblog. Anda akan terima alamat website (Domain) secara otomatik dengan format: [nama_blog_anda].blogspot.com seperti:
healthfreakmommy.blogspot.com
madey09.blogspot.com
themissingdriver.blogspot.com
kumpulmilo.blogspot.com
Anda juga boleh letak Domain anda jika ingin buang .blogspot.com dalam alamat blog anda seperti Jia Shin Lee
Kos mula blogging dengan Blogger : Kosong
WordPress ialah platform bina website yang level lebih advance dari Blogger untuk membina apa-apa jenis website dengan banyak fungsi termasuk ecommerce. Anda harus ada Domain dan Hosting sendiri untuk install WordPress di dalam dan mula cipta website blog anda. Kebaikan mengguna WordPress berbanding Blogger adalah lebih kepada keperluan anda pada masa depan jika anda ingin membesarkan blog anda menjadi website, menjual kursus online, atau menjual produk sebagai ecommerce. Semua ini boleh dibina dalam WordPress dengan menambah fungsi (plugin).
Untuk permulaan, anda boleh guna Panduan Rekomendasi Plugin WordPress dari Laut Media.
Kos mula blogging dengan WordPress : Beli Domain dan Hosting
Anda boleh pilih antara dua pilihan ini untuk bermula dan dua-dua platform ini akan memberi income sebagai bisnes online. Untuk mendapat income sebagai Blogger, anda harus fokus kepada cara untuk menarik pembaca masuk dalam blog website anda (Traffic). Untuk mendapat Traffic, anda harus isi dengan content yang menarik atau bermanfaat kepada pembaca dan pulang balik untuk membaca blog post anda yang lain.
Tip
Income Blogger berdasarkan dengan berapa banyak Traffic anda terima sebulan. Untuk mendapat Traffic, anda boleh:
– Share blog anda di Social Media bila ada blog baru untuk dibaca
– Mengoptimumkan (Optimize) blog post anda untuk Google rekomen kepada pembaca yang sedang mencari dalam Google Search (SEO Optimization)
– Menarik Traffic dengan pasang iklan seperti Facebook Ad, Google Ad, TikTok Ad, dan lain-lain
Anda boleh belajar cara-cara untuk mendapat Traffic ke Blog Website anda dari Orang Putih yang pakar dengan Traffic melalui Buku Rahsia Traffic dia.
Khidmat Bantuan Bisnes masuk Digital (Digital Service Agency)
Ramai bisnes dalam Malaysia masih belom mendaftar diri online. Terdapat pelbagai sebab termasuk dua perkara yang sering dengar:
i. Tak pandai nak bermula dan guna online platform untuk bisnes mereka seperti Google Business, Facebook, dan Website.
ii. Tiada masa untuk jaga pelanggan online dan content online kerana sudah sibuk dengan kedai dan pelanggan depan mata.
Anda boleh menjual servis anda sebagai Digital Service Agency dimana anda membantu mendaftar bisnes mereka di Google Business, Social Media Account yang berkaitan dengan bisnes mereka, dan membuka website untuk mereka.
Anda juga boleh menjual servis bulanan dengan menjaga online bisnes mereka dengan membuat content dan customer service.
Bonus cara bisnes online
Anda boleh belajar cara untuk setup bisnes online dengan Google Digital Garage – Get a Business Online Course (Free)
Jurulatih Peribadi (Personal Trainer)
Setiap tahun dan setiap musim, terdapat ramai individu yang ingin mengubah diri masing-masing untuk hidup lebih sihat. Terdapat juga individu yang memerlukan jurulatih peribadi yang dapat bantu tolak mereka ke tahap maksimum untuk mencapai sasaran mereka seperti kurus, six-pack, atau dapat Yoga terbalik.
Anda boleh membuka bisnes Personal Trainer anda di Social media dan Google Business untuk bantu individu mencapai sasaran mereka seperti Sifu Gym membantu yang nak jadi Sado.
3D-Printing Servis
Berminat dengan 3D Printing? Ada 3D Printer di rumah?
Anda boleh membuat duit dengan 3D Printer anda dengan menjual servis 3D Printing atau produk yang anda cipta atau ada file.
Dengan kreatif tanpa had, anda boleh menjual pelbagai 3D printed produk seperti Nespresso Coffe Pod Holder, pasu bunga Pokemon, atau tambahan untuk IKEA rak, dan buka Shopee seperti adammasri dan Faha 3D Printing.
Bookkeeping (Servis Buat Account)
Bookkeeping ialah proses merekod urus niaga kewangan untuk bisnes. Sebahagian proses accounting untuk cukai tahunan, setiap bisnes (terutamanya sdn bhd) harus simpan semua transaksi kewangan untuk kegunaan kiraan cukai atau aplikasi pinjaman wang.
Ramai bisnes kecil membuat account sendiri atau tiada masa untuk menjaga account mereka. Jika anda pernah belajar Accounting atau ada pengalaman, anda boleh menjual servis buat acccount untuk bisnes yang perlu.
Anda boleh promosikan servis anda di Social Media seperti LinkedIn, Facebook, dan Instagram. Target kepada bisnes seperti Shopee Seller yang masih belum siap cukai tahun pertama.
Anda juga boleh promosi servis anda di onjob seperti Numbers Game untuk mendapat market baru. Jom Join
Podcast
Podcast adalah sejenis cara hiburan melalui Audio. Seperti mendengar Radio online tapi dalam segmen episode. Podcast adalah untuk yang berbakat dan pengalaman duduk mamak dari subuh sampai sumbuh sembang menyenmbang berkenaan satu topic tanpa henti (+ sempat isi sponsor dan menjual sesuatu dalam satu nafas).
Anda boleh membuka podcast melalui Youtube, Spotify, atau website sendiri dan mula sembang tentang apa jua topik yang anda berminat.
Anda boleh mendapat income dengan menjual sebagai sponsor episode, promotekan bisnes dalam podcast (advertising), dan juga dibayar untuk membuat special episode.
Ingin mencuba dengar podcast dalam Malaysia? Bole layari artikel ini oleh Says.
Pakar Haiwan Peliharaan (Pet Expert)

Anda boleh menjual kepakaran anda sebagai pakar haiwan peliharaan (Pet Expert) online. Jika anda pelihara haiwan, anda pasti ada pengalaman dan ilmu secukup untuk bantu owner yang baru nak bermula.
Dengan pengalaman anda, anda boleh membuka Youtube Channel atau Facebook / TikTok dan kongsi ilmu anda online kepada yang berminat nak bermula.
Anda boleh mendapat income dengan cara:
i. Bantu orang setup dan beli alat keperluan untuk haiwan peliharan mereka
ii. Bantu servis (cuci) bulanan
iii. Jual produk
iv. Affiliate
v. Ternak dan Jual Haiwan
vi. Menjadi Influencer
Bisnes Haiwan Peliharaan adalah bisnes yang boleh mendapat income cepat kerana setiap tahun terdapat ramai yang berminat memelihara haiwan dan mencari online ajaran untuk bela haiwan dan juga yang pakar untuk menanya soalan.
Anda boleh memulakan bisnes haiwan pemeliharaan dengan cara kongsi video dan foto haiwan anda, tip, dan pengalaman anda seperti Aqua Shack dan jual servis anda untuk bantu setup tempat mereka untuk bela haiwan.
Anda sebagai Pakar Haiwan Peliharaan boleh mempromosi servis anda di laman web onjob untuk mendapat market baru, jom join
Menjual Design Baju Sendiri
Setiap tahun dan setiap generasi, akan ada pertukaran trend dan fesyen yang melambangkan identiti individu dan apa yang mereka percaya dan berjuang.
Generasi muda akan memakai pakaian yang melambang identiti mereka dan mengikut kumpulan yang mereka sokong. Membuat bisnes pakaian, bisnes berkekalan.
T-Shirt adalah pakaian utama yang mereka akan pilih untuk menunjuk semua orang dan rakan mereka identiti mereka.
Salah satu contoh, ramai penyokong ikon pemotoran akan membeli baju dia menunjuk support dan ingin mamsuki kedalam golongan bersama ikon pemotoran. Sukses identiti nya sampai baju dia ada cap ayam dari China dengan harga lagi murah.
Anda boleh bermula bisnes menjual T-Shirt design sendiri dengan segara jika anda dapat design sebuah T-Shirt yang unik dan jenama yang follower akan berminat dan support. Anda boleh bermula dengan membeli stok T-Shirt atau membuat sistem pre-order untuk permulaan dimana anda boleh bekerjasama dengan kedai printing dan kirim order bila pre-order sudah cukup.
Tip
Bisnes strategi Jenama dan T-Shirt anda boleh “up level” dengan cara “branding”. Anda boleh kirim order anda dalam kotak dengan logo dan memberi free gift. Strategi ini dapat menaikkan kualiti jenama anda dan juga dapat menaikkan harga jualan untuk lebih untung. Contoh seperti jenama orifake.
Bisnes Bundle Online
Fesyen adalah industri yang tidak mati. Dimana ada baru, pasti ada terpakai. Dan bisnes bundle adalah bisnes yang amat laris di seluruh dunia.
Bisnes bundle ialah pembelian pakaian terpakai dengan cara timbangan kilo (1kg ke 45kg+), dan menjual balik satu per satu secara online atau kedai.
Contoh, anda membeli 1 guni (45kg) pakaian baju campuran (isi dalam hoodie, t-shirt, sweatpants, jaket, dan lain-lain) dengan harga RM80.00+. Anda susun balik setiap pakaian dalam kategori, grade, saiz, dan style. Anda jual balik dengan harga RM3.00, RM7.00, RM30.00 ke atas tergantung saiz, jenama, design, dan demand.
Anda juga boleh jual produk bundle yang lain seperti kasut dan topi.
Anda boleh bermula bisnes bundle dengan serendah RM80+ untuk 1 guni (45kg) pakaian dari luar negara dan mula jual online di Facebook, Instagram, TikTok dan Shopee.
Tip
Cari supplier bundle dengan reputasi dan tempat fisikal dimana anda boleh datang ke tempat dan memilih dan membli depan mata seperti Muc Bundle.
Ziarah dan buka juga kedai bundle anda di event expo bundle di daerah anda untuk menaikkan sale anda dan berkawan bersama geng bundle yang lain untuk perkongsian ilmu dan sama-sama support.
Penterjemah (Translator)
Permintaan untuk penterjemah (Translator) sudah meningkat. Anda boleh membantu bisnes dalam dan luar negara dengan menterjemah dari Bahasa English kepada Bahasa Melayu, Bahasa English kepada Mandarin, Bahasa Melayu kepada Jepon, dan lain-lain.
Ramai bisnes dalam negeri yang menulis informasi mereka di dalam contoh Bahasa Cantonese dan ingin bantuan untuk menterjemah kepada Bahasa English dan Melayu. Ada juga bisnes dalam negeri seperti Kedah Kelatan yang teringin menulis informasi bisnes mereka dalam tulisan Jawi juga.
Terdapat juga bisnes orang asing yang perlu bantuan menterjemah Bahasa Arab kepada Bahasa English dan Melayu untuk pasaran mereka.
Bisnes penterjemah akan membantu ramai orang dan bisnes online dan jika anda reti bercakap dan menulis dalam beberapa bahasa, anda dapat membuat income online menjual servis sebagai Translator. Kebaikan bisnes penterjemah, ia adalah bisnes yang berulang dari pelanggan yang sama kerana mereka akan kembali lagi untuk bantuan menterjemah dokumen dan aritkel selagi perlu.
Tip cara buat bisnes online sebagai Translator
Buka Social Media Account anda, yang utama: Facebook, LinkedIn, dan Twitter dan siapkan profile (page) anda sebagai Translator.
Buka juga account di laman web freelancer seperti Upwork dan Fiverr dan upload servis anda sebagai translator seperti razimie, kenloke95, dan novalowa dari Fiverr. Anda juga boleh promosikan servis anda di onjob. Jom Join
Digital Marketing Agency
Digital Marketing ialah sebahagian daripada Marketing, menggunakan Internet dan semua online teknologi termasuk computer, telefon bimbit, social media, software, website dan digital platform lain-lain untuk promosikan produk dan servis secara online.
Untuk menjadi Digital Marketing Agent, anda harus ada minima 7 kepakaran:
– Data Analysis
– Content Creation
– Search Engine Optimization dan Search Engine Marketing (SEO dan SEM)
– Customer Relationship Management (CRM)
– Communication Skill
– Social Media Skill
– Graphic Design
Sebagai Digital Marketing Agency, anda boleh menerima bisnes yang memerlukan servis Digital Marketing untuk bantuan Facebook ad, Google ad, Content Marketing, lead generation, dan lain-lain.
Terdapat beberapa cara untuk memulakan bisnes Digital Marketing Agency dan salah satu nya adalah mencari dahulu yang pakar seperti grafik, SEO, Social Media, website dan lain-lain; sebagai sumber luar (outsource). Anda menjadikan diri sebagai Project Manager dan pakarkan diri dengan Data Analysis, CRM, dan Digital Advertising. Jadi, fokus anda ialah mencari pelanggan dan mengurus mereka dan team outsource.
Tip
Anda boleh belajar basic Digital Marketing dengan percuma di Google Digital Garage – Fundamentals of Digital Marketing dan Meta Courses dan Certifications.
Servis Cuci (Cleaning Service)

Servis Cuci (Cleaning Service) adalah bisnes mencuci dalam apa jua aspek cuci termasuk cuci rumah, cuci carpet, cuci kerusi, cuci kereta, cuci ofis, dan lain-lain.
Anda boleh bermula bisnes Cleaning Service secara online dengan alat-alat asas dan mula mencari pelanggan yang perlu cucian.
Untuk permulaan, promosikan diri di Social Media dan onjob sebagai individu / bisnes yang pakar cuci dalam satu bahagian yang anda berminat dan suka seperti:
– Cuci Kasut
– Cuci Kereta
– Cuci Rumah
– Cuci Ofis
– Cuci Perabut
– Cuci Kerusi
– Cuci Carpet
– Cuci Cermin
– Cuci Cuci
Bonus
i. Promosikan diri anda juga kepada bisnes cleaning service yang lain dan infokan mereka jika mereka mencari freelance cleaning service untuk job tambahan boleh simpan contact anda. Sharing link profile onjob anda kepada meraka akan membantu menaikkan kepercayaan dan reputasi anda dengan mereka.
ii. Senarai Perkhidmatan (List of Service) – Terdapat banyak permintaan di dalam internet untuk mencuci sesuatu. Pelanggan dalam internet mencari cleaning service juga mencari cuci kerusi, cuci carpet, cuci rumah di dalam Google Search dan Facebook Search. Anda boleh mendapat pelanggan ini jika anda upload senarai penuh perkhidmatan anda untuk pelanggan yang mencari servis cuci tersebut, seperti ChooChee dalam onjob.
Web onjob dalam situasi ramai mencari servis cuci tetapi tak cukup bisnes dalam list untuk ambil semua pelanggan dalam onjob. Anda boleh promosikan servis cuci anda di dalam web onjob dan mula terima pelanggan yang mencari servis cuci. Jom Join
Cuci Kereta Bergerak (Mobile Car Wash & Detailing)
Cuci Kereta Bergerak (Mobile Car Wash) adalah bisnes masa depan yang laris dalam industri otomotif dan pengangkutan. Dengan paling asas, anda boleh bermula dengan ada vacuum, baldi, sabun kereta, sponge, dan kain lap.
Mobile Car Wash adalah bisnes menziarah rumah orang atau tempat temu janji dan mencuci kereta / moto di tempat sekian.
Anda juga boleh buka bisnes Car Wash dari rumah jika ada tempat ruangan kosong dan bermula menerima pelanggan tempatan seperti Reborn Detail.
Tip
Mulakan bisnes cuci kenderaan bergerak anda dengan memanggil rakan kawan dan jiran anda untuk bantu cuci moto / kereta mereka dan ambil foto dan video untuk simpanan dan kegunaan di Social Media dan onjob.
Bonus Tip
Infokan rakan kawan anda yang awal, anda sanggup cuci kenderaan mereka secara percuma kali pertama dengan syarat bantu ajak kawan mereka untuk mengguna servis anda dan kasi komisyen kecil untuk setiap pelanggan yang kawan anda bawak.
Bisnes Cuci Kenderaan Bergerak akan ada permintaan yang tinggi dan dapatkan pelanggan baru melalui onjob. Jom Join
Online Chef
Online Chef dalam Malaysia mula meningkat pada permulaan MCO dengan ramai membuka Social Media dan Youtube Channel merakam video masak seperti Sugu Pavithra dan Khairul Aming.
Online Chef adalah seorang individu memaparkan diri online di Social Media menunjuk dan berkongsi resepi makanan. Mereka akan rakam persiapan bahan dan proses memasak sampai sedia untuk hidang.
Anda boleh menjadi Online Chef dengan kongsi resepi dan masakan menarik yang anda tahu dan jumpa… atau komen cara orang lain masak seperti Uncle ini.
Dari segi income, bila anda sudah mencukup follower, anda boleh:
– Menjadi Influencer atau Youtuber untuk income online
– Menjual produk sendiri seperti Sambal Merghek
– Menjual buku resepi seperti Fafae Mimie
– Jual Makanan Online
– Affiliate produk masak dan barang dapur
– Membuka kedai makan di pasar atau sebagai restoran seperti Chef Ammar dan Chef Faez (mereka mula dari pasar, naik jadi restoran)
– Dipanggil menjadi Private Chef untuk Private Event. Bole promosikan servis ini di onjob untuk bantaun cari pasaran baru
– Dipanggil menjadi Chef di dalam media TV dan siaran langsung (upgrade menjadi Celebrity Chef)
Tukang Pasang Perabut dan IKEA
Tukang Pasang Perabut adalah seorang individu yang reti memasang perabut seperti almari, meja makan, sofa, frame katil, dan lain-lain. Kerana terdapat pelanggan membeli perabut online seperti di Shopee, Lazada dan beli di IKEA, mereka tiada alat lengkap seperti screwdriver, tukul, drill untuk memasang dengan cepat dan senang atau mereka tiada tenaga untuk memasang.
Pelanggan ini akan mencari website atau Social Media dan mencari tukang pasang (Handymen) berdekatan yang boleh bantu memasang SMÅGÖRA dari IKEA atau Sofa L Shape dari Shopee.
Jika anda ada minat dengan Lego, DIY, pandai baca manual, pandai pasang perabut, dan ada alat asa dan lengkap untuk memasang; anda boleh menjadi Tukang Pasang Perabut dan mula promosi diri anda online dan di kawasan anda.
Tip
Buka Social Media dan promosi diri anda di Facebook Page dan Facebook Marketplace. Dan juga buka profile anda di onjob dan share link profile anda kepada bisnes perabut di kawasan anda supaya mereka boleh simpan dan memanggil anda untuk apa-apa project.
Anda boleh share link profile onjob anda kepada kedai-kedai dan ofis kawasan anda. Kerana mereka juga membeli perabut online dan akan membayar orang yang boleh bantu pasang.
Sebagai Tukang Pasang Perabut, anda boleh promosi servis anda di onjob untuk mendapat pasaran baru. Jom Join
Pelukis Dinding (Mural Painting)

Ada bakat dan berminat melukis? Anda boleh melukis dinding untuk kedai dan ofis yang ingin menghias dinding dengan lukisan dan corak yang menarik. Kedai seperti kedai kopi (cafe) akan mencari idea untuk menghias tempat mereka bukan sahaja untuk cantik, tetapi juga membuat tempat mereka “Instagramable” untuk menarik pelanggan dan buat tempat jadi viral.
Anda boleh menjual servis anda online sebagai Mural Artist untuk lukis dan kongsi seni anda kepada pelanggan seperti Lakar by Mekar di onjob.
Sebagai artist, anda boleh promosi servis anda di onjob untuk mendapat market baru. Jom Join
Pakar Kereta / Moto
Pakar Kereta / Moto adalah seorang individu yang berminat dengan kenderaan tersebut dan reti dengan komponen, alat ganti, barang performance, atau repair / modify. Individu ini tidak perlu sijil sebagai mekanik, hanya keminatan dan berpengalaman dengan kenderaan yang mereka ikut.
Anda boleh menjadi Pakar Kereta (contoh Perodua Myvi) dan mula kongsi ilmu dan keminatan anda online dan menjual servis anda atau produk yang anda rekomen seperti Saiful Nizam – Satria Hitam.
Anda boleh membuka Social Media Account seperti Instagram, Facebook, TikTok, dan Youtube; dan mula sharing content berkenaan kendaraan anda atau jenama kenderaan dan naikkan follower anda untuk membuka income melalui:
– Social Media Influencer
– Youtuber
– Jual Produk
– Affiliate produk kereta / moto
– Servis Pasang / Repair / Modify
Tip
Join Facebook Group dan komuniti kereta / moto anda dan mula sharing content yang menarik atau product review; tarik mereka ke Social Media dan website anda untuk menaikkan follower anda.
Promote juga servis anda di komuniti yang anda boleh bantu pasang barang modified / performance seperti DNT Auto.
Sebagai pakar kenderaan, anda boleh jual servis pasang / repair / modify anda di onjob untuk mendapat market baru. Jom Join
Cryptocurrency dan NFT
Cryptocurrency adalah sejenis mata wang digital dimana mata wang ini boleh membeli produk, servis, simpan sebagai pelaburan atau trading seperti Forex. Salah satu mata wang Cryptocurrency utama ialah Bitcoin dan Etherium.
Cara menyimpan duit Cryptocurrency ini adalah melalui dompet online (wallet) – sama seperti Grab Wallet, Shopee Wallet, anda boleh simpan duit-duit cryptocurrency di dalam satu wallet seperti Luno untuk kesenangan akses dan kegunaan.
Non-Fungible Token (NFT) ialah sejenis laporan (record) yang tidak boleh memanipulasi atau copy / duplicate. Laporan ini mengandungi identiti yang unik dan disimpan online sebagai rekod untuk sahkan pemilik laporan ini. Laporan ini akan dilampir bersama produk digital (seperti lukisan atau musik) atau produk fisikal untuk sahkan produk ini ialah asli bersama bukti pemilik.
Sebagai contoh, anda boleh membuktikan anda telah beli sebuah lukisan cartoon ini online dan sahkan anda ialah pemilik lukisan cartoon ini.
Terdapat beberapa cara untuk membuat income dalam dunia Crypto dan NFT, salah satu nya:
– Membeli mata wang Crypto atau NFT sebagai Pelaburan atau Trading
– Membina Mata Wang Cryptocurrency sendiri
– Jual Graphic / Lukisan / Foto anda sebagai NFT di platform NFT seperti Pentas (Malaysia) atau OpenSea (International)
– Buka bisnes NFT servis untuk kegunaan dalam sebuah industri seperti mengguna NFT sebagai Ticket Concert Music.
Cryptocurrency dan NFT akan membantu dengan ekonomi masa depan dan akan diguna dalam Web3 sebagai mata wang dan laporan. Jadi kegunaan dua benda ini akan bertambah. Anda boleh belajar semua tentang Cryptocurrency, NFT, dan Web3 di Web3 Career.
Baca lebih berkenaan Web3 di blog onjob: Fahami Web3 dan Halatujunya
Tip
Untuk mula membeli mata wang Cryptocurrency seperti Bitcon, anda boleh membeli Bitcon melalui platform yang disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia seperti Luno. Dengan Luno, anda boleh membeli Bitcoin dan simpan Bitcoin di dalam Wallet Luno – sama proses pembelian seperti top-up Grab Wallet atau Touch ‘n Go Wallet.
Daftar dan buka Luno Wallet anda sekarang dan terima duit Bitcoin sebanyak nilai RM25.00 bila isi code ini: 99H6EY
Selepas siap pendaftaran, di dalam aplikasi Luno, tekan butang ‘Rewards’ dan tekan ‘ENTER CODE’ dan isi code 99H6EY dan tekan ‘APPLY CODE’
Anda juga boleh baca lebih info berkenaan melabur dalam Cryptocurrency dengan Ringgit Oh Ringgit.
Mekanik Bergerak (Mobile Mechanic)
Mekanik Bergerak (Mobile Mechanic) adalah seorang individu yang pakar dalam pembaikan kereta / moto di tempat anda tanpa melawat bengkel.
Sebagai mekanik bergerak, anda akan ada alat-alat lengkap untuk membuka dan pasang kenderaan pelanggan untuk selesaikan pembaikan tanpa ulang-alik.
Anda boleh bermula bisnes Mobile Mechanic jika anda ada pengalaman dalam bidang pembaikan kereta / moto, alat-alat keperluan, dan kenderaan untuk melawat ke tempat pelanggan.
Anda boleh bermula dengan membuka Social Media termasuk Facebook, Instagram, dan TikTok dan mula pemasaran servis anda. Anda juga boleh promosi servis anda di onjob untuk mendapat market baru. Jom Join
Tip
Untuk mendapat sebanyak pelanggan yang boleh melalui online sebagai Mobile Mechanic, anda harus ambil masa dan upload Senarai Perkhidmatan (List of Service) anda online di Social Media dan onjob. Ramai pelanggan mencari mekanik untuk keperluan khusus contoh: mekanik pasang driveshaft, pasang Ultra Racing, repair brake, tukar minyak, ganti battery, dan sebagai nya.
Bila anda sebagai mekanik bergerak menunjuk senarai perkhidmatan online untuk pelanggan mencari, anda akan menjadi pilihan utama berbanding mekanik yang hanya upload 1 jenis servis iaitu Mekanik Bergerak tanpa informasi lain.
Hobby sebagai Bisnes

Hobby anda boleh dijadikan sebagai bisnes. Jual apa yang anda tahu melalui produk, ilmu, dan lain-lain. Minat pancing? jadikan bisnes. Minat Lego? jadikan bisnes. Minat baca buku? Jadikan bisnes. Minat Mechanical Keyboard? Jadikan bisnes.
Hampir semua hobby boleh dijadikan bisnes termasuk berkhemah seperti Derick the Camper.
Anda boleh membuka Social Media Account seperti Instagram, Facebook, TikTok, dan Youtube; dan mula sharing content berkenaan hobby anda dan naikkan follower anda untuk membuka income melalui:
– Social Media Influencer
– Youtuber
– Jual Produk
– Affiliate produk
– Buat Event Hobby (seperti Cosplay event) dan jual sewa tempat (booth) dan juga event sponsorship
– Jual masa anda dengan bantu hobbyist baru setup projek mereka atau mengajar
Tip
Mulakan content dengan apa yang anda ada dan tahu. Jika anda sudah ada basikal, pakaian berbasikal dan aksesori basikal dalam rumah, anda boleh bermula dengan Review basikal anda, pakaian untuk berbasikal, aksesori basikal yang anda ada, dan tip berbasikal seperti tip berbasikal di lebuhraya Plus.
Content Review akan membantu menarik ramai penonton terutamanya yang baru nak masuk hobby anda seperti Anti-Chlorine Review dari Aqua Shack membantu ramai peminat akuarium yang baru nak mula dan mencari anti-chlorine mana yang paling sesuai.
Pakar Technology
Pakar Technology adalah seorang individu yang pakar dalam pelbagai jenis teknologi termasuk IT, telefon bimbit, smart device, audio, game tech, robotics, drone tech, dan pelbagainya.
Sebagai pakar technology, anda ada keminatan, pengalaman, dan kepakaran dalam sesuatu yang khusus dalam satu inudstri atau kategori. Anda mungkin pandai dengan computer dan reti membina Gaming PC, install Windows, atau repair dan data recovery hard drive seperti Dr. Data.
Anda boleh menjual kepakaran anda sebagai bisnes kepada pelanggan yang perlu bantuan dengan teknologi. Ada pelanggan yang mencari yang pakar dengan Smart Device untuk bantu mereka memasang Smart Home System untuk rumah mereka.
Atau ada yang mencari bantu setup POS system untuk kedai makan yang ada 2 cabang dan ingin data POS system synchronize dalam cloud.
Ada juga individu yang kurang reti dengan teknologi / online dan mencari bantuan sesiapa yang boleh mengajar mereka mengguna computer dan smartphone untuk bisnes
Anda boleh membuka Social Media Account seperti Instagram, Facebook, LinkedIn, TikTok, dan Youtube; dan mula promosi dan share content berkenaan bisnes anda untuk menaikkan follower dan menarik follower menjadi pelanggan anda.
Sebagai pakar technology, anda boleh promosi servis anda di onjob untuk mendapat market baru. Jom Join
Fesyen / Kecantikan
Fesyen dan Kecantikan adalah 2 bisnes yang trending setiap tahun mengikut trend antarabangsa dan lokal.
Dengan kenaikan Fashion dan Beauty dari Korea, terdapat banyak peluang untuk ramai bermula bisnes baru dalam industri ini.
Anda boleh masuk dalam industri ini dengan beberapa cara untuk buat duit termasuk (boleh campur2):
– Sebagai Social Media Influencer dan promosi diri anda sebagai trend setter
– Sebagai Youtuber dan kongsi tutorial atau bercerita dan review fesyen / kecantikan
– Jual Produk yang anda rekomen atau produk sendiri
– Affiliate produk yang anda rekomen untuk guna / pakai
– Buka jenama sendiri
– Jual servis anda sebagai Fashion Designer untuk tema seperti wedding atau party
– Jual servis anda sebagai Make up artist atau Beautician
Tip
Permintaan untuk yang pakar fesyen dan kecantikan dari Influencer, Youtuber, dan Celebrity amat tinggi. Untuk permulaan cari influencer / youtuber dalam industri lain yang anda boleh contact dan tawarkan jika mereka berminat mencuba kepakaran anda untuk design mereka dan sebagai balasan, minta mereka promosi dan rekomen anda di Social Media mereka. Ini adalah strategi paling cepat untuk menaikkan nama anda dengan teknik bekerjasama.
Kursus Online (Online Course)
Hobby anda, senaman anda, masakan anda, bisnes anda, dan ilmu anda; semua boleh menjadikan sebagai kursus online (Online Course).
Online Course ialah format kursus belajar secara Digital. Di dalam setiap kursus, terdapat modul mengandungi video, content, dan file untuk dibaca dan tonton. Selepas lengkap semua modul, anda akan habis kursus tersebut dan ada kursus yang akan mengeluarkan sijil untuk simpan.
Anda boleh bina apa jenis kursus online yang anda pakar untuk mengajar kepada yang berminat. Anda boleh mengajar seperti:
– Learn Malaysia Language
– Masak Makanan Malaysia
– Cara Dropship dalam Shopee
– Belajar Hotel dan Restoran Management
– Belajar English
– Guide Portrait Photography
– Belajar buka bisnes online
– SEO
– Cara tanam Durian Black Thorn
– DIY Smart Home
dan macam-macam lagi. Anda boleh lihat kursus-kursus yang ada di dalam udemy buatan dari Malaysia
Untuk memula kursus online anda, anda bermula dengan subject apa yang anda ingin ajar, senaraikan modul-modul dan mulakan draft content untuk setiap modul. Sediakan camera dan mula rakam diri anda untuk setiap modul. Susun content anda dan mula upload ke platform e-learning pilihan anda atau platform sendiri.
Terdapat banyak platform e-learning di dalam internet untuk dipilih dan untuk permulaan, anda boleh bermula dengan platform udemy kerana udemy adalah platform international dan ada aplikasi. Bermakna pelajar anda boleh akses ke kursus anda melalui telefon bimbit dan save kursus anda “offline” untuk belajar tanpa keperluan internet. Kebaikan juga dengan udemy, ia boleh terima pembayaran dalam mata wang Ringgit.
Jika anda ingin menjual kursus anda secara eksklusif dan tidak kongsi iklan anda bersama kursus orang lain, anda boleh membina website sendiri memakai website builder seperti WordPress atau memakai web software yang sudah siap dan sesuai untuk kursus online seperti SamCart atau ClickFunnels.
Tip
Guna kuasa agent yang buat Affiliate untuk bantu promosi kursus anda dengan lebih cepat dan naikkan jualan anda.
Bisnes Coach (Business Coach)
Bisnes Coach adalah seorang individu yang berpengalaman tinggi atau pengalaman dalam satu industri; membantu dan support seseorang / bisnes untuk menaikkan taraf bisnes mereka. Sebagai bisnes coach, mereka akan lebih dekat bersama individu yang mereka bantu dan memberi nasihat, bina strategi bersama, bina target, beri motivasi, dan memberi cara jalan untuk tingkatkan perniagaan.
Terdapat beberapa nama panggilan Bisnes Coach seperti mentor bisnes, guru bisnes, dan Sifu~
Tetapi semua nama panggilan model bisnes nya sama seperti Bisnes Coach iaitu mendidik seseorang untuk menaikkan taraf bisnes mereka.
Anda boleh menjadi Bisnes Coach jika anda ada ilmu dan pengalaman membuka dan menaik taraf bisnes atau ada Degree dalam Business Management.
Sebagai individu berpengelaman dalam industri contoh Coin Laundry, anda boleh mendidik dan menjual servis anda sebagai bisnes coach kepada sesiapa yang berminat membuka bisnes Coin Laundry atau mencari bantuan untuk menaikkan taraf bisnes coin laundry mereka.
Sebagai individu yang memegang Degree dalam Business atau Business Management, anda berlayak menjadi Bisnes Coach dengan menggunakan ilmu yang anda diperolehi untuk bantu sebuah bisnes dari segi Business Development.
Tip
Anda boleh menaikkan reputasi anda sebagai Bisnes Coach dengan membuatkan diri anda sebagai Influencer dan juga menjual kursus untuk bantu lebih ramai bisnes dan individu di luar kawasan anda.
eBook
eBook (nama panjang nya, electronic Book) ialah buku dalam format digital. eBook, biasa dalam file format .pdf adalah cara terbaru untuk membaca buku dalam Malaysia. Dengan eBook, pembaca boleh simpan file eBook di dalam talifon bimbit atau tablet dan bawa bersama mereka ke mana jua.
Anda ada cerita yang menarik dan ingin kongsi cerita ini ke seluruh Malaysia? Insipirasi untuk membuat komik? Atau ingin membuat eBook mengajar sebuah topic?
eBook akan mencepatkan proses penerbitan dan membuat kos terbit jadi kosong bila anda terbitkan sendiri dengan cara online seperti eBook Cerita Duit Orang Malaysia oleh Suraya Zainudin (Ringgit Oh Ringgit)
Anda boleh bermula menulis eBook anda dengan software Microsoft Word / Google Docs dan Save / Export dalam format .pdf.
Dari segi penjualan, anda boleh menjual eBook anda melalui website sendiri atau melalui laman web ebook seperti e-sentral (Malaysia) atau Amazon (International)
Konsultan Pelancongan (Travel Consultant)
Konsultan Pelancongan (Travel Consultant) adalah seorang individu berpengalaman dalam pelancongan dari segi pengalaman kerja (Tour Guide / Agency), pengalaman Solo Travel, pengalaman belajar / kerja luar negara, atau berijazah (Degree in Tourism).
Sebagai Travel Consultant, mereka bertemu dengan pelanggan untuk bincang dan rancang perjalanan pelanggan. Travel Consultant bertanggungjawab dengan memberi nasihat yang benar dan tepat berkenaan destinasi dan perjalanan pelanggan sesuai dengan permintaan. Travel Consultant juga membuat susunan untuk ticket penerbangan, Hotel, Transport, siapkan dokumen penting, dan travel itinerary.
Anda boleh menjadi Travel Consultant dan mula bantu sesiapa yang berminat melancong seperti Travel Solo ke Europe, guide pindah London, atau package bawa kereta dari Brisbane ke Melbourne dengan sightseeing spots.
Tip
Kerana ramai pelanggan zaman sekarang akan membuat travel research sendiri, anda akan mengalami kekurangan sales waktu awal jadi anda fokus lebih kepada membuat content travel untuk naikkan reputasi anda sebagai Influencer atau Youtuber dalam Travel dan terima income dari antara dua ini.
Sebagai tambahan income, anda juga boleh membuat itinerary travel dan share kepada semua orang secara percuma dengan cara Affiliate link.
Pengajar Bahasa (Language Teacher)
Lebih ramai berminat untuk belajar bahasa seperti Jepon, Korea, French, Arabic, dan macam-macam.
Anda boleh mengajar kepada sesiapa yang ingin belajar bahasa untuk berkomunikasi dan menulis dengan cara sesi kelas kumpulan, seorang, Online Tuisyen, Kursus Online, atau eBook.
Ramai juga berminat belajar Bahasa Melayu terutama nya Expat yang duduk dalam Malaysia.
Sebagai side income juga, anda boleh jual servis sebagai Translator.
Anda boleh membuka account Facebook dan mempromosikan kelas belajar bahasa dan juga posting content ajaran seperti Che’gu JD mengajar bahasa Jepun.
Sebagai pakar bahasa, anda boleh memprosikan kelas dan servis anda di onjob untuk mendapatkan market baru. Jom Join
Kontraktor Rumah
Kontraktor Rumah adalah seorang individu yang reti repair kerosakan rumah seperti bocor, ganti pintu, pasang tile lantai, bina kitchen cabinet, dan lain-lain.
Anda boleh menjadi kontraktor rumah jika anda ada pengalaman dan kepakaran membaiki dan renovasi rumah dan ada keminatan untuk menjadi bisnes kontraktor dengan ada team kerja.
Tip
Untuk mendapat sebanyak pelanggan yang boleh melalui online sebagai Kontraktor Rumah, anda harus ambil masa dan upload Senarai Perkhidmatan (List of Service) anda online di Social Media dan onjob. Ramai pelanggan mencari kontraktor untuk keperluan khusus contoh: renovasi dapur, ganti tile lantai, renovasi tandas, pasang pintu baru seluruh rumah, ganti sinki tandas, dan sebagai nya.
Sebagai Kontraktor Rumah menunjuk senarai perkhidmatan online untuk pelanggan mencari, anda akan menjadi pilihan utama berbanding kontraktor yang lain tanpa senarai perkhidmatan.
Anda boleh muat naik senarai perkhidmatan ke satu tempat di onjob untuk mendapakan market baru dari onjob. Jom Join
Khidmat Menjahit
Dengan kenaikan pembelian pakaian di pasaran, terdapat juga kenaikan dengan keperluan tukang jahit. Khidmat Menjahit adalah seorang individu yang pakar dengan seni tangan dan mesin jahit. Terdapat beberapa perkhidmatan menjahit termasuk:
– Mengubah saiz pakaian
– Pendek Seluar
– Repair yang koyak
– Menjadikan dari kain ke pakaian / langsir
– Baju Kurung
dan lain-lain
Jika pakar dengan menjahit, anda boleh membuka bisnes perkhidmatan menjahit secara online tanpa kedai dan mula mencari pelanggan di Social Media.
Kerana bisnes menjahit adalah bisnes lama (bisnes kedai), keperluan tukang jahit di pasaran sekarang dan masa depan masih berkaitan. Kerana ramai bisnes jahit tidak aktif online di Social Media, ramai pelanggan baru dan muda terpaksa mencari tukang jahit melalui Google Map atau mencari kedai di dalam daerah mereka.
Oleh itu, anda berpeluang untuk membuka secara online dan promosikan diri sebagai Tukang Jahit [nama bandar]; contoh, Tukang Jahit Kuala Lumpur atau Tukang Jahit Batu Pahat.
Tip
Banyak bisnes jahit online di Social Media tidak muat naik Senarai Perkhidmatan (List of Service) mereka di Social Media atau onjob. Anda boleh mendapat lebih ramai pelanggan di Social Media bila anda muat naik senarai perkhidmatan anda sebagai Tukang Jahit untuk pelanggan yang mencari seperti Tukang Jahit yang boleh buat langsir. Untuk senang kerja dan mendapat pasaran baru, anda boleh muat naik servis perkhidmatan anda di satu tempat seperti onjob untuk kesenangan pleanggan mencari online. Jom Join onjob
Bonus Tip
Jika anda berminat untuk menaikkan lagi income sebagai Bis Jahit, anda boleh membuat Bisnes Jahit sebagai kumpulan / persatuan. Anda kumpulkan semua tukang jahit dan rakan-rakan / keluaraga yang anda kenal di dalam daerah dan anda menjadi orang utama untuk mencari pelanggan, menjaga pelanggan, dan mengedar pekerjaan. Sebagai bisnes persatuan, anda boleh fokus lebih dengan marketing bisnes anda dan membuat content untuk menarik pelanggan. Bermakna juga, anda boleh terima lebih banyak sale dan memberi orang lain untuk menjahit.
Perbezaan antara bisnes model ‘outsourcing’ dan bisnes model persatuan, outsourcing ialah bisnes dimana anda menjual servis anda tanpa info pelanggan yang anda akan suruh orang luar untuk menjahit.
Sebagai persatuan, anda akan info pelanggan yang anda ialah persatuan jahit dimana anda membantu dan memberi peluang kepada semua tukang jahit di dalam daerah untuk memberi servis di satu tempat dan anda bertanggungjawab untuk bantu promosi mereka dan menjaga pelanggan. Dari mata pelanggan, mereka akan lebih mempercayai anda dan akan lebih support bisnes anda kerana anda lebih jujur dengan pekerjaan jika anda yang buat atau orang lain yang buat.
Gunting Rambut Bergerak (Mobile Hairdresser)
Waktu Pandemic, ramai bisnes gunting rambut mengalami masalah dengan pelanggan tidak dapat gunting rambut di kedai mereka. Membuat beberapa bisnes gunting rambut menawar servis gunting rambut di rumah mereka. Dari permulaan ini, sudah bermula ramai individu yang berpengalaman gunting rambut membuka servis gunting rambut di rumah pelanggan.
Anda boleh bermula bisnes gunting rambut bergerak jika ada kepakaran gunting rambut, ada alat-alat keperluan, dan kenderaan. Anda boleh mula dengan menziarah rumah pelanggan dan gunting rambut mereka atau anda boleh guna lori / van / Hailak dan parking di satu kawasan dan buka dari waktu pagi ke petang dan pindah ke kawasan kedua untuk malam seperti barber2u.
Tip
i. Fokuskan masa di Social Media dengan Content seperti haircut_studio_smd di TikTok kerana ramai pelanggan mencari servis gunting rambut melalui Social Media
ii. Anda boleh bekerjasama dengan bisnes lain seperti kedai urut atau kedai vape dan buat sejenis voucher antara sesama untuk pelanggan dapat discount dan naikkan jualan.
iii. Sebagai gunting rambut bergerak, anda juga boleh jual produk rambut online di Shopee dan Social Media atau menjadi Affiliate untuk produk rambut di Shopee / Lazada dan share link yang anda rekomen ke Social Media anda sebagai Influencer.
Online Runcit
Runcit adalah bisnes menjual macam-macam barang sebagai runcit (Retail). Online Runcit adalah bisnes model dimana produk-produk harian (yang biasa beli di kedai runcit) boleh dibeli melalui online seperti Susu Dutch Lady di Shopee.
Anda boleh memulakan bisnes Online Runcit dengan cara membeli stok dari tempat seperti pasar borong NSK atau dari online borong seperti Dropee.
Anda akan membeli stok dengan harga borong dan menjual balik online melalui Shopee, Lazada, dan Social Media seperti AQQA Shop Kedah, SBP Grocery, ASRUZE Store di Shopee dan EMBuzz di Youbeli.
Tip
i. Tingkatkan penjualan anda dengan menjual produk-produk tempatan seperti Keropok Baby Kelantan atau Kek Lapis Sarawak – membuat online runcit anda unik dari yang lain
ii. Untuk menaikkan penjualan, anda juga boleh jual produk sendiri seperti membeli satu guni cili kering dan menjual dalam paket kecil.
iii. Kerana sudah ramai orang menjual produk harian seperti susu, sos, dan beras; anda boleh bezakan diri dengan yang lain dengan cara gabung barang menjadi pakej seperti Set Barang Dapur untuk menaikkan penjualan.
Bonus Tip
Disebabkan ramai sudah menjual di Shopee dan Lazada, memula menjual produk yang sama agak susah waktu awal. Tetapi anda boleh menjual di tempat baru di laman web yang berpotensi seperti Youbeli dimana masih belom ramai online runcit berada. Anda boleh menjadi yang awal untuk menjual barang runcit di Youbeli dan dapat pasaran baru sebelum yang lain masuk. Jom Jual di Youbeli
Petani Moden (Modern Famer)
Petani Moden (Modern Farmer) adalah seorang individu yang mengguna teknologi untuk tanaman atau mengguna Digital Marketing untuk menjual terus ke pelanggan dengan cara online.
Anda boleh bermula bisnes pertanian dengan ruangan kosong seperti balkoni atau tanah belakang rumah anda dan jual produk anda seperti sayuran kepada jiran, kedai runcit berdekatan, restoran berdekatan, dan online di Social Media, GrabFood, foodpanda, dan ShopeeFood.
Anda boleh bermula bisnes pertanian anda tanpa keperluan teknologi bantuan jika anda ada tanah yang luas untuk tanam secukup untuk mencapai target income dan volume keperluan pasaran; atau mengguna teknologi untuk tanam 11,000 sayuran dan ikan tilapia dalam ruangan 1,000 kaki persegi dengan cara Vertical Farming (Kebun Menegak) dan Aquaponic (Akuaponik) seperti Sean Lee E-Farm.
Virtual Assistant
Virtual Assistant adalah seorang individu yang membantu dengan kerja admin untuk bisnes tanpa pergi ofis seperti bantuan dengan jadual mesyuarat, membuat dan jaga panggilan telefon, mengatur perjalanan (travel), dan susun email. Virtual Assistant juga boleh buat kerja lain seperti bookkeeping, customer service, personal assitant, data entry, research, dan jaga social media.
Sebagai bisnes, ia adalah solusi untuk penjimatan kos. Sebuah bisnes boleh memberi kerja admin kepada Virtual Assistant tanpa masalah dengan waktu kerja, kesiapan ofis untuk mereka, dan issue gaji (kerana Virtual Assistant dibayar dengan cara Invoice bukan sebagai gaji pekerja).
Sebagai Virtual Assistant, anda boleh kerja dari mana-mana tempat tanpa jadual dan anda boleh jadikan sebagai bisnes dan terima sebanyak pelanggan yang boleh.
Tip
Permintaan untuk Virtual Assistant sudah meningkat di seluruh dunia dan ramai mencari yang pakar dengan kerja admin. Anda boleh naikkan harga anda untuk kerja yang tetap dan kemas bila sudah kumpul cukup pengalaman.
Anda boleh promosikan diri anda sebagai Virtual Assistance di pasaran antarabangsa seperti di Fiverr dan juga di pasaran tempatan: onjob.
Anda boleh promosikan servis anda sebagai Virtual Assistant di onjob untuk mendapat market baru. Jom Join
Online Community
Online Community ialah komuniti dimana ahli boleh berinteraksi bersama ahli lain melalui internet. Ahli dalam komuniti biasa kongsi topik berkaitan, maklum berita, event, atau memberi peluang untuk projek baru.
Terdapat dua cara untuk dapat income dari Online Community, ahli bole daftar dengan percuma dan admin akan kongsi berita untuk projek dimana ahli boleh ambil dan beri komisyen, jual merchandise, atau ahli boleh daftar dengan bayaran yuran tahunan / bulanan seperti Business Network International (BNI).
Anda boleh mula bisnes Online Community anda jika anda ada bakat pimpinan dan ada ramai rakan (network) untuk bermula. Anda boleh buka komuniti untuk apa-apa industri seperti komuniti untuk pemain badminton tahap professional, komuniti freelance graphic designer professional, atau komuniti champion gamer.
Anda boleh buka Online Community anda dengan cara:
– Facebook Group (private)
– Telegram Group
– Web Forum Sendiri
– Discord
Event Organizer
Event Organizer ialah seorang individu atau bisnes yang bekerjasama dengan pelanggan untuk rancang sebuah event dan mengurus event dalam semua aspek. Anda boleh rancang event seperti event kahwin, pesta kecil, expo, atau concert kecil untuk artist tempatan.
Event Organizer akan menjadi lebih banyak permintaan kerana akan lebih banyak keperluan untuk Event secara Digital (Virtual Event). Pelanggan akan mencari sesiapa atau bisnes yang dapat bantu dengan keperluan membuat, merancang, dan mengurus Virtual Event seperti Japan Expo Malaysia.
Anda boleh buka bisnes sebagai Event Organzier dan jadi pakar untuk buat Virtual Event mengguna software seperti Zoom Events untuk market masa depan.
Live Streaming Service
Live Streaming Service adalah sejenis bisnes yang pakar dengan alat lengkap untuk merakam sebuah event secara Live kepada online platform seperti Facebook Live, YouTube Live, Zoom, dan lain-lain.
Ramai berminat untuk merakam diri atau membuat event secara live dan ada bisnes yang mencari yang pakar untuk bantu naikkan kualiti Live Stream mereka dengan isi latar muzik, tulisan-tulisan, grafik, video transition, multi-camera, dan macam-macam lagi.
Jika anda pakar dengan IT dan ada minat dalam bidang Videography atau Event, anda boleh mula bisnes Live Streaming Service seperti mediasaya.
Tip untuk mula dengan modal kecil
Jika anda pernah guna Facebook Live, YouTube Live, Zoom, TikTok Live atau Twitch, anda boleh bermula dengan bantu rakan atau bisnes dengan Live Stream mereka dan guna Open-Source Live Streaming Software (free) seperti Open Broadcaster Software (OBS Studio) dan mula experiment dengan software sampai jadi pakar.
Anda boleh lengkapkan diri dengan alat-alat asas untuk permulaan dengan Lighting Kit, Green Background, Microphone, Audio Mixer, dan USB Video Capture Card; semua alat ini boleh dibeli dari Bigbig Studio Equipment di Shopee.
Promote servis anda sebagai Live Streaming Service di onjob mendapat market baru. Jom Join
Penulis (Author)
Anda ada idea untuk sebuah buku?
Ada cerita yang menarik?
Ingin kongsi ilmu anda dalam satu bidang atau industri?
Anda harus menjadi penulis online dan mula kongsi cerita atau ilmu anda online. Ramai pembaca yang sudah mula transaksi dari baca buku kepada buku digital (eBook) kerana ia lebih senang untuk membawa ke mana-mana. Sebagai Penulis, anda boleh beri cerita anda kepada semua pembaca eBook yang mencari diri dalam dunia imaginasi atau kongsi ilmu / pengalaman anda kepada pembaca yang dalam perjalanan seperti eBook dari Suraya Zainudin.
Anda boleh jual cerita atau ilmu anda online dengan format eBook dan terbit melalui website sendiri atau melalui laman web eBook seperti e-sentral (Malaysia) atau Amazon (International).
Pengajar Musik (Music Teacher)
Ada bakat dengan alat muzik? Anda boleh mengajar muzik dengan cara online.
Ramai orang berminat untuk belajar main gitar, piano, atau drum tetapi mereka tiada masa untuk pergi ke kelas atau waktu kelas tidak ngam dengan waktu mereka. Jadi mereka mula mencari online untuk Cikgu Muzik yang ajar melalui Live, kelas online, atau di Youtube.
Anda boleh dapat income online sebagai Pengajar Muzik dengan menawar Kelas Online melalui Zoom seperti Cikgu Fairuz dan juga tambah income dengan:
– Jual alat muzik sebagai Affiliate
– Post Video Tutorial anda di Youtube dan terima income sebagai Youtuber
– Jual Online Course anda
– Jual eBook anda
Tip Marketing
Ramai penonton Live di Facebook, TikTok, Youtube, dan Instragram pada waktu malam dan lewat malam, ramai akan tertarik dengan Live Video jika ternampak video seorang main alat muzik atau menanyi.
Anda boleh ambil kesempatan ini dengan mulakan Live Stream anda dengan main lagu dan selepas beberapa sesi dan mula naik penonton, anda boleh info penonton kelas akan mula pada malam ini jam 12 dan mula ajar benda asas.
Waktu ajar dan masa habis, anda infokan penonton untuk follow Page anda dan infokan yang anda ada kelas online atau produk lain-lain yang anda ada.
Filem Pendek
Anda ada cerita yang ingin kongsi? Ada bakat dengan camera? Anda boleh buat filem pendek untuk setiap cerita yang anda ada.
Tiada had dalam dunia hiburan dan seluruh Malaysia akan ke Youtube untuk mencari hiburan. Jadi tetap akan ada penonton untuk apa jua tema video.
Anda boleh mula buat filem sendiri dengan cara filem pendek bersama rakan-rakan anda dan terima income sebagai Youtuber dan juga mendapat duit dari bisnes untuk filem pendek anda melalui sposnorship.
Tip
Inspirasi dan idea untuk filem pendek berada sekeliling anda. Anda boleh juga bekerjasama dengan Penulis Cerita dan jadikan novel mereka kepada Filem Pendek.
Penyanyi
Ada bakat menyanyi? Anda boleh mendapat income online tanpa memasuki dalam music label seperti dulu.
Anda boleh muat naik video nyanyian anda ke platform Social Media seperti Youtube dan mula mendapat income sebagai Youtuber dan juga Social Media Influencer seperti Sheron Tan dan Nur Amira Syahira.
Anda juga boleh muat naik file lagu anda ke platform musik seperti Soundcloud untuk didengar oleh peminat music di seluruh dunia dan bekerjasama dengan artist lain untuk menaik profile sesama. Soundcloud juga adalah platform dimana media, artist, dan music label mencari bakat yang berpotensi seperti Red Bull rekomen 7 artist Malaysia untuk follow di Soundcloud termasuk ZSYIA.
Dengan kenaikan Live Event, anda boleh tambah income dan profile anda dengan menjadi penyanyi untuk Live Event. Anda boleh promosikan diri anda dengan Event Company / Event Organizer supaya mereka boleh contact anda untuk Live Event yang sesuai untuk anda.
Jual Gambar dan Video (Stock Photo / Video)
Setiap content seperti Blog atau media berita memerlukan gambar berkaitan dengan topic blog, setiap vdeo presentation memerlukan beberapa video. Untuk jimatkan kos dan masa untuk ambil foto sendiri, mereka boleh beli foto yang sedia ada online untuk kegunaan mereka dengan izin (lesen) untuk kegunaan commercial.
Anda boleh jual gambar dan video anda sebagai Stock Photo / Stock Video online sebagai bisnes dengan camera smartphone anda.
Syarikat dan Media akan bayar untuk guna foto / video anda untuk kegunaan content mereka secara commercial dimana foto / video anda akan diguna di TV, billboard, dan mass media.
Anda boleh jual foto / video anda di laman web seperti Getty Images, Shutterstock, Depositphotos, dan Adobe. Ada video lucu? Anda boleh jual video hiburan anda kepada Content Bible.
Tip
Bina profile online anda dengan muat naik foto / video anda juga untuk kegunaan percuma (royalty free) kepada laman web seperti Pexels supaya Content Creators boleh guna foto / video anda untuk online (non-commercial).
Dengan profile online anda di Pexels, anda boleh promosikan diri sebagai Photographer untuk tambah income anda.
Online Researcher
Adakah anda hebat dengan kegunaan Internet dan dapat mencari apa-apa online? Anda boleh dibayar untuk mencari informarsi online untuk syarikat-syarikat yang memerlukan untuk kegunaan sebagai data, report, dan market research.
Syarikat baru seperti startup akan mencari yang pakar dengan Online Research untuk bantu mencari informasi seperti dimanakah pelanggan yang suka technology berada online; anda akan buat senarai lokasi mereka online dan beri laporan ini kepada syarikat startup tersebut untuk kegunaan mereka.
Anda boleh promosikan servis anda untuk Online Research termasuk juga ‘Online Research for Malaysia Market’ di laman web freelance seperti Fiverr.
Live Event Host
Anda berminat untuk menjadi host seperti Aznil Nawawi? Inilah peluang anda untuk menjadi Host sebagai Live Event Host untuk Webinar, Online Expo, dan Event lain-lain. Seperti Host TV, Live Event Host anda harus bercakap dengan jelas dan lancar, berkarisma, dan dapat menarik dan menghibur penonton.
Untuk permulaan, anda buka Social Media account anda dan isi content dengan rakaman video diri anda sebagai Host dan juga video sebagai Profile anda untuk diberi kepada Event Company seperti Ahmad Izuddin.
Tip
i. Untuk content anda boleh rakam video anda bercerita atau menjual sesuatu untuk memberi Event Company gambar keseluruhan bakat anda.
ii. Anda juga boleh jadi Live Sales Host untuk penjual online sebagai latihan, naik profile, dan mendapat komisyen untuk setiap penjualan.
iii. Untuk mendapat peluang menjadi Live Event Host, anda harus kirim profile anda ke Event Company supaya mereka boleh contact anda untuk Live Event yang sesuai untuk anda.
Community Manager
Community Manager adalah seorang individu bertindak sebagai penghubung antara peminat / follower dan syarikat / jenama. Mereka bertindak sebagai suara dan moderator untuk jenama tersebut melalui community support, pengedaran content, digital engagement, dan audience growth strategy.
Anda boleh dibayar untuk menjaga syarikat atau jenama punya Social Media sebagai Community Manager dan juga boleh dijadikan sebagai bisnes untuk menjaga sebanyak syarikat yang boleh.
Di Malaysia, terdapat banyak syarikat dan jenama yang kurang aktif dengan Social Media mereka dimana comment dan PM yang penting tidak dibalas dan content mereka tidak bergerak sama antara platform lain-lain (contoh, video baru di Youtube tidak dipost ke Twitter dan Facebook).
Anda boleh mendapat kerja sebagai Community Manager untuk syarikat Web3 antarabangsa di Web3 Career dan juga menjual servis anda di Fiverr.
Anda boleh dapat lebih info berkenaan Community Manager dan template di Website HubSpot.
Personal Shopper
Personal Shopper adalah seorang individu yang berbakat dengan bidang Shopping. Mereka ada pengalaman dan ilmu untuk mencari produk untuk apa jua keperluan seperti sebagai hadiah atau mencari satu Malaysia untuk harga yang paling murah.
Personal Shopper membantu pelanggan dengan:
– Beli barang untuk pelanggan luar negara
– Isi penuh almari pelanggan dengan pakaian lengkap
– Rekomen dan beli hadiah untuk keluarga, kawan, dan rakan kerja
– Mencari dan beli barang yang susah dijumpa
Personal Shopper dibayar dengan pilihan antara bayaran per jam, komisyen, atau bayaran tetap.
Sesiapa boleh menjadi Personal Shopper jika mereka berminat dengan Shopping dan mengikut berita untuk produk terbaru dan harga. Anda promosi servis anda online di Social Media, onjob, dan juga Fiverr seperti huipin01 bantu beli Maggi untuk yang luar Malaysia.
Tip
Anda boleh tambah income sebagai Influencer Personal Shopper dan promote produk yang anda rekomen sebagai Affiliate.
Terdapat syarikat dan Expat dalam Malaysia mencari Personal Shopper dan anda boleh promosikan diri di onjob untuk market. Jom Join
Subtitle Service
Ramai Influencer, Youtuber, Pereka Filem, Agensi Marketing membuat content video dan memerlukan bantuan dengan sari kata (subtitle). Anda boleh bantu mereka dengan mengambil masa mengisi sari kata kedalam video dan dibayar lebih untuk terjemahan ke bahasa lain.
Zaman sekarang ramai pengguna Social Media menonton video tanpa suara jadi Content Creator harus menambah suara melalui sari kata; menjadi servis untuk letak sari kata ke content video amat popular.
Anda boleh promosi servis anda ke Youtuber, Media Agency, Pereka Filem dan juga promosi servis anda ke pasaran antarabangsa melalui Fiverr.
Pakar Web3 (Web3 Expert)
Web3 ialah konsep Internet masa depan.
Web1 ialah zaman baca sahaja (Read-Only) dimana syarikat akan bina website dan pengguna harus tahu alamat website syarikat tersebut untuk layari masuk dan hanya boleh membaca informasi dalam website.
Web2 ialah zaman sekarang iaitu zaman baca tulis (Read-Write) dimana pengguna boleh berinteraksi dengan website syarikat atau dijadikan sebagai platform untuk berinteraksi bersama lain dengan content.
Web3 ialah zaman baca tulis memilik (Read-Write-Own) dan terjun (immersion) dimana pembaca boleh memasuki dirinya ke dalam internet, berinteraksi bersama lain dengan aktiviti, berinteraksi dengan produk dalam internet, membayar dengan duit internet, dan memiliki produk dalam internet.
Pakar Web3 (Web3 Expert) adalah seorang individu yang memahami dunia Internet Web3 termasuk kefahaman dalam Cryptocurrency, NFT, Blockchain Technology, Metaverse, dan Mixed Reality; dan bagaimana semua ini digabung untuk menjadi Web3 dan bisnes Web3. Mereka memahami juga prosedur dan langkah untuk membawa bisnes dari Web2 kepada Web3.
Sebagai Web3 Expert, anda dibayar untuk ilmu anda sebagai pakar untuk bantu syarikat-syarikat yang berminat untuk masuk Web3, mencari peluang bisnes dalam Web3, dan memberi nasihat berkenaan Web3.
Anda juga akan menjadi orang utama dalam syarikat atau sebagai agensi untuk membangunkan, mengurus, dan berhubung projek Web3 untuk sebuah syarikat.
Anda boleh promosi kepakaran anda melalui Social Media dan dibayar sebagai Influencer atau Youtuber, buat kursus online, terbit sebuah eBook, dan juga promosi servis anda kepada syarikat-syarikat melalui onjob – Jom Join
Anda juga boleh mendapat kerja di dalam syarikat Web3 dengan kepakaran anda. Layari website Web 3 Career
Baca lebih tentang Web3 di Website Ethereum
Cuba dunia Web3 di Decentraland
Online Talent Manager
Adakah anda pandai mengurus diri, kerja harian, dan dokumen-dokumen penting? Anda boleh menjadi Online Talent Manager untuk Influencer dan Youtuber online.
Online Talent Manager adalah seorang individu yang bekerja dengan Influencer untuk mengurus kerja harian mereka termasuk jadual, komunikasi, dokumen penting, dan menjaga kontrak pembayaran untuk projek antara Influencer dan syarikat.
Seperti Talent Manager jaga pelakon, Online Talent Manager akan jaga Influencer bila mereka menerima projek dengan sebuah syarikat supaya Influencer tersebut dapat fokus lebih kepada kerja mereka dan Manager akan fokus kepada kerja admin dan pembayaran.
Anda boleh menjadi Online Talent Manager untuk Influencer tempatan dengan membantu mereka mendapatkan projek bersama syarikat untuk sponsor, filem production untuk lakonan, atau brand ambassador untuk jenama; untuk anda dan Influencer mendapat income tambahan.
Anda boleh promosikan diri anda sebagai Online Talent Manager melalui Social Media dan mula bina profile dan pengalaman anda dengan Influencer / Youtuber yang anda kenal dan berdekatan.
Online Business Consultant
Online Business Consultant ialah seorang individu yang berbeza dengan Online Business Coach. Online Business Coach adalah seorang individu yang bantu menaikkan taraf bisnes pelanggan manakala Online Business Consultant membantu dengan masalah yang sebuah bisnes mengalami.
Sebagai Online Business Consultant, anda harus ada pengalaman yang tinggi atau kepakaran dari semua aspek bisnes online termasuk e-commerce, SEO, Web Development, IT, Web Operations, Digital Marketing, dan Digital Sales untuk membantu sebuah online bisnes.
Sebagai Consultant, anda boleh bantu mencari solusi contoh untuk online kosmetik yang ada e-commerce website; bagaimana mereka boleh buat Influencer kosmetik mendapat komisyen bila pelanggan mereka beli melalui website kosmetik. Anda akan belajar website kosmetik ini dan beri laporan dengan solusi yang paling sesuai untuk mereka.
Anda boleh promosi Online Business Consultant anda di Social Media terutama nya di LinkedIn dan juga di onjob, dimana ramai bisnes mengguna platform ini mencari bantuan untuk bisnes mereka termasuk Consultant. Jom Join
Tip
Anda boleh bekerjasama dengan Business Consultant yang kurang pakar dengan Bisnes Online untuk pelanggan mereka yang perlu bantuan dari segi online. Anda akan mendapat projek berulang dari Business Consultant tersebut untuk projek yang lain pada masa hadapan.
Penulis CV dan Surat Berhenti Kerja
Setiap individu akan ada CV (Curriculum Vitae) semenjak permulaan kerja. CV adalah sebuah surat yang akan memberi kesan diri anda kepada majikan syarikat sebelum interview. Dengan CV yang lengkap, kemas dan berdesign (tergantung industri), anda akan mendapat peluang lebih tinggi untuk masuk interview berbanding dengan CV yang kurang lengkap pada mata majikan.
Kepentingan CV akan menjadi lebih penting bila anda memohon kepada syarikat besar dan untuk kerja yang tahap lebih tinggi. CV akan menjadi refleksi diri anda dan ia akan mencerita diri anda dengan pengalaman, kepakaran , dan personaliti anda.
Dimana ada surat untuk kerja, akan ada surat untuk berhenti kerja. Surat berhenti kerja yang direka dengan teliti akan memberi kerasmian dan ketenangan kepada majikan untuk masa depan seperti jika majikan baru perlu contact majikan lama untuk referansi kerja. Majikan lama akan lebih membantu dengan memberi referansi yang baik. Surat berhenti kerja juga akan menjadi lebih bernilai dalam syarikat besar terutamanya waktu pindah kerja ke syarikat besar yang lain.
Jika anda ada pengalaman sebagai HR dan ada kepakaran dengan mereka surat CV dan surat berhenti kerja, anda boleh menjual servis anda untuk mereka surat CV dan surat berhenti kerja. Anda juga boleh menawarkan sesi training diri untuk mensiapkan calon sebelum interview.
Anda boleh promosikan servis anda terutamanya di LinkedIn dan juga di Fiverr untuk Surat CV dan surat berhenti kerja.
Bisnes Wellness
Zaman sekarang, lebih ramai individu ingin menjaga diri lebih baik dengan mengguna produk yang lebih bagus untuk kulit, dalaman, dan senaman. Bisnes Wellness adalah sebuah industri yang fokus kepada kesihatan dan kesejahteraan seperti Yoga, Herbal Product, Spa, Massage, Essential Oil, Health Food (meatless / vegan), dan Health Restaurant.
Di Malaysia, bisnes wellness sudah mula meningkat di pelbagai sektor dan bisnes-bisnes ini telah membantu ramai orang dengan memberi dunia yang lebih sihat seperti:
– Spargo Eats – kedai makan di Sunway yang tanam sayur sendiri (Aquaponic) dan menjual makanan sihat
– Healdas – website kesihatan dan kesejahteraan menjual produk senaman dan blog
– Qowiy – bisnes produk wellness seperti bath bombs, scented candle, essential oil dan lain-lain
– Jumping Malaysia – kelas senaman pakai Trampoline
– hygr – bisnes produk guna bahan semulajadi seperti Deodarant dan Lip Balm
– Tanamera – bisnes produk tropical spa seperti massage oil, sabun, hair care, dan lain-lain
Anda boleh mula bisnes wellness anda di dalam sektor yang anda minat seperti menjual bath bomb, lip balm, eco-friendly produk, lilin berbau, online yoga dan lain-lain.
Anda boleh buka jenama sendiri atau jual produk orang lain sebagai bisnes (bawah jenama kedai anda), dropship, atau juga sebagai Affiliate untuk produk kesihatan dan kesejahteraan.
Online Project Manager
Online Project Manager adalah seorang individu yang pakar dengan mengurus projek dari tahap permulaan sampai siap. Mereka bertanggungjawab dengan merancang sebuah projek, mengurus team dalam projek, dan perlaksanaan projek. Online Projek Manager akan membuat jadual permulaan, fasa dan jadual siap.
Online Project Manager akan fokus kepada projek Internet seperti e-commerce development, app development, blockchain development atau mereka boleh mengurus projek fisikal dengan cara online.
Jika anda ada latar belakang pendidikan dalam Bisnes atau berpengalaman dengan Project Management, anda boleh menjadi Online Project Manager dan mula kerjaya anda dalam idustri Web3. Anda boleh layari Web3 portal kerja untuk mencari kerja sebagai Online Project Manager di Web3 Career.
Anda juga boleh mula bisnes online anda sebagai Online Project Manager untuk bisnes lokal atau bisnes online dan promosikan servis anda di LinkedIn dan juga web portal freelance seperti Fiverr (antarabangsa) atau onjob (lokal). Jom Join onjob
Tip
Anda boleh guna project management software seperti Monday, Trello, Slack, dan Notion untuk mengurus projek anda. Semua 4 software ini ada pakej percuma untuk permulaan dan Free Forever.
Bonus Tip
Jika anda pakar memakai software seperti Monday, anda boleh jual servis setup untuk sebuah projek di Monday seperti Ali di Fiverr
Pakar Hadiah
Adakah anda seronok memberi hadiah kepada rakan dan keluarga?
Anda boleh dibayar untuk membuat hadiah sebagai bisnes online dan beri kebahagian dan kenangan manis melalui hadiah yang anda cipta.
Permintaan untuk hadiah sudah meningkat dan akan meningkat pada masa depan dengan lebih ramai membuat pesanan melalui online dan dikirim langsung kepada penerima. Anda didalam posisi dimana masih belom ramai Pakar Hadiah berada di online yang juga menulis Senarai Perkhidmatan (List of Service) yang mereka tawar.
Anda boleh buat hadiah untuk pelbagai keperluan seperti:
– Corporate Gift
– Wedding Door Gift
– Birthday Gift
– Raya Hamper
– New Year Hamper
– Expat Gift
– Get Well Soon Gift
– Congratulation Gift
dan lain-lain
Tip
i. Anda boleh beli bahan-bahan hadiah melalui Supplier seperti Renown Gift atau online di Shopee seperti Happy Shop2U.
ii. Ramai bisnes mencari yang pakar hadiah di dalam website onjob dan anda boleh promosi bises anda di onjob untuk market baru. Jom Join
Servis Pindah Rumah

Ramai orang mengalami Stress waktu pindah rumah dan juga tiada masa untuk bungkus barang-barang ke dalam kotak. Mereka akan panggil syarikat pindah (Moving Company) yang boleh datang ke tempat mereka dan bungkus semua barang dan perabut dalam kotak dan wrapping untuk dihantar ke tempat baru dengan seamat.
Anda boleh bermula bisnes bantu pindah rumah secara online untuk mencari pasaran melalui Internet tanpa keperluan memilki lori.
Anda boleh fokus dengan marketing di Social Media untuk isi Content dan mencari pelanggan, beli bahan bungkus seperti kotak dari kilang kotak bila perlu, sewa van / lori / Hailak dari syarikat atau rakan, dan ajak rakan anda join bersama anda pergi bungkus rumah customer dan tolong pindah. Semua ini sebagai permulaan secara kecil untuk yang berminat.
Bisnes ini sangat sesuai untuk individu yang masih muda dan jadikan rakan-rakan sekolah sebagai pelanggan yang akan pindah ke luar bandar untuk masuk Universiti atau pindah balik dari Universiti ke kampung.
Anda boleh mulakan bisnes anda sebagai servis pindah rumah dan promosikan juga di onjob untuk mendapat market baru. Jom Join
Programmer
Adakah anda pakar dengan programming? Fasih dengan bahasa program seperti Python? Atau anda berminat untuk menjadi Programmer?
Permintaan untuk kemahiran programming adalah sangat tinggi dan nombor 1 di dunia Technology.
Anda boleh menjual servis anda sebagai programmer untuk Developer yang memerlukan kaki tangan lebih, bisnes yang memerlukan custom program atau edit sebuah program, dan juga bina software untuk dijual online seperti di AppSumo. Anda juga boleh masuk kerja dalam dunia Web3 melalui Web3 Career
Tip
Sebagai Programmer yang mencari income tanpa kerja tetap, anda harus menganggapkan diri anda sebagai online bisnes dan promosikan diri anda di Social Media, Fiverr, isi profile dan projek anda di GitHub (bonus: contribute ke projek lain dalam GitHub), ada Website sendiri untuk letak CV anda, project lepas, dan muat naik Senarai Perkhidmatan (List of Service) anda seperti Jeroen Peters.
Senarai Penuh Perkhidmatan di website anda akan membantu dengan mendapat pelanggan baru dengan cepat.
Berminat untuk belajar Programming?
Anda boleh bermula belajar coding dan dapat sijil secara percuma melalui freeCodeCamp. Anda akan belajar dari asas untuk bina website dengan html dan css sampai tahap bina Machine Learning dengan Python.
Livestream Gamer
Adakah anda kaki gamer dan ingin mendapat income sebagai gamer?
Terdapat dua cara untuk income sebagai gamer satu melalui tournament dan salah satu sebagai Livestream Gamer.
Zaman individu bermain game untuk hiburan sudah pindah jadi zaman individu menonton orang lain main game untuk hiburan. Transaksi ini bermula pada suatu masa dimana ramai gamer dalam sejenis game seperti Counter Strike dimana gamer noob sering kena f dengan gamer yang level tinggi dan mereka ingin tahu lebih bagaimana gamer legend ni bermain.
Jadi beberapa pro gamer akan upload rakaman mereka bermain game kepada Youtube dan noob akan mula menonton dan cuba ambil ilmu baru. Selepas itu, bermula trend dimana Gamer akan rakam diri bermain game sambil sembang dan komen memberi hiburan dan upload kepada Youtube seperti PewDiePie.
Sekarang, anda boleh berada di mana level dan mula upload dan livestream diri anda sambil gaming dan mendapat income sebagai Livestream Gamer.
Anda boleh dapat income sebagai Livestream Gamer dengan cara:
– Sebagai Influencer
– Sebagai Youtuber
– Affiliate
– Jual Merchandise anda
– Viewer Subscription, Donation, dan Affiliate dalam Twitch seperti uzairtaib
– Brand Sponsorship dan Partnership seperti Chibi dan Celcom
– Promote bisnes lain anda melalui Livestream Gaming seperti Aush Rani promote bisnes makan dia Merghek HQ
Anda boleh mula Livestream anda di platform seperti Twitch dan ada alat-alat asas seperti:
– Video Capture Card
– Trinity Ring Lighting
– Webcam
– Green Screen Chair (bonus)
– Live Microphone Kit (untuk up level audio)
Khidmat untuk Pelajar ke Luar Negara
Setiap tahun, terdapat ramai pelajar baru dari Malaysia akan sambung belajar di Luar Negara dan mereka akan mengalami masalah dengan perkara harian buat pertama kali.
Jika anda berada di luar negara atau pernah hidup di luar negara sebagai pelajar, anda boleh bantu pelajar baru ini dengan perjalanan hidup mereka di luar negara.
Anda boleh bantu dari segi:
– Rekomen tempat yang selamat
– Senarai makanan Malaysia (Restoran dan Runcit)
– Senarai Halal (pasar, daging, kedai makan)
– Senarai Masjid
– Lokasi-lokasi warga Malaysia duduk (contoh di London, mereka berada di Bayswater)
– Lokasi Embassy
– Rekomen tempat melancong waktu lapang
– Menjadi guide bawa mereka jalan-jalan atau melancong jarak jauh
– Bantu mereka lengkapkan dengan barang keperluan
Anda boleh dapat income dengan beberapa cara:
– Jual Kursus Online (Guide to living in London as Malaysian Student)
– Jual eBook (Complete guide to Melbourne as Malaysian Student)
– Jual sebagai Servis untuk jemput student di bandar tersebut dan guide mereka
– Jual Servis sebagai Secondary Contact (untuk keluarga student contact anda untuk bantuan tambahan dan emergency)
– Jual Tour Package untuk sekumpulan student di negara tersebut (Sewa Kereta dan Road Trip to Germany)
– Jual Complete Package kepada keluarga student (cari tempat, isi barang lengkap, buku senarai lengkap, buku guide)
Servis Data Entry
Terdapat beberapa bisnes mengalami dengan masalah kerja remeh temeh, iaitu Data Entry. Data Entry seperti mengambil borang daftar dan type detail dalam borang kepada Microsoft Excel untuk setiap borang ada. Atau mengambil senarai produk dan type kepada Excel untuk mass-upload kepada Shopee. Jika bisnes tersebut tiada masa untuk data entry, mereka akan outsource kerja ini kepada orang lain untuk bantu.
Data Entry adalah seorang individu mengambil informasi dari dokumen atau internet dan type semula kepada Microsoft Excel / Google Sheets untuk kegunaan informasi tersebut sebagai data.
Anda boleh bermula bisnes sebagai Data Entry untuk bantuan bisnes lain seperti pembekal alat elektronik tradisi yang ada gudang stok dan mereka ingin bantuan untuk membuat list dalam Excel untuk muat naik kepada Shopee.
Anda boleh promosi bisnes data entry anda melalui Social Media terutama nya dalam Facebook Group yang ada member-member pemilik bisnes dan usahawan. Anda juga boleh promosi servis anda di website antarabangsa seperti Fiverr.
Online Personal Assistant (PA)
Personal Assistant berbeza dengan Virtual Assistant dimana Virtual Assistant adalah untuk kegunaan syarikat dan Personal Assistant untuk kegunaan individu.
Sebagai PA untuk seseorang, anda akan bantu dengan mengurus aktiviti harian mereka seperti jadual harian / mingguan, mengatur appointment, dan menjaga komunikasi.
Anda boleh dapat income dan dijadikan sebagai bisnes Online Personal Assistant. Online PA akan bantu mengurus jadual secara online dan update dalam platform seperti Google Calender, mengurus email, mengurus mesyuarat, mengurus Sopcial Media, bantu personal research, dan menjaga komunikasi.
Anda boleh promosi bisnes anda di Social Media terutama di LinkedIn dan juga di laman web antarabangsa seperti Upwork.
Online Sales Admin
Online Sales Admin adalah seorang individu yang menjaga online seperti di Facebook, Shopee, Lazada, Whatsapp, dan email. Mereka akan respon kepada message berkenaan order dan juga proses sales. Mereka juga akan siapkan laporan bulanan / mingguan / harian dan kirim kepada pemilik bisnes untuk kegunaan administrasi.
Dengan kenaikan lebih ramai Online Seller, ramai seller dalam Shopee atau Facebook akan mengalami masalah dengan penjagaan pelanggan menanya soalan sebelum beli, berminat untuk beli, dan yang ingin beli tak beli tapi beli setahun kemudian. Kejadian ini akan bermula bila bisnes meningkat dan Seller akan fokus lebih kepada mengurus order dan stok. Mereka akan mula mencari orang yang boleh jaga Sales melalui message / whatsapp.
Anda boleh menjadi Online Sales Admin untuk seller-seller online tanpa berada di premis seller. Seller boleh bayar anda dengan harga freelance atau cas ikut jam – jadi Seller hanya bayar untuk waktu yang dipakai.
Anda boleh message seller-seller melalui Social Media mereka dan tanya jika mereka keperluan Online Sales Admin yang flexible dengan budget mereka atau melalui Job Posting portal dimana anda tawar balik dengan solusi yang boleh jimat kos berbanding mengambil pekerja full time / part time.
Jual Lukisan
Adakah anda seorang artist atau berminat melukis?
Anda boleh jual seni dan kepakaran anda online. Anda boleh jual lukisan sebagai servis untuk melukis seperti Portrait atau lukis dinding sebagai Mural Artist.
Anda juga boleh jual seni anda melalui online sebagai NFT di platform NFT seperti Pentas (Malaysia) dan OpenSea (International)
Sebagai Artist, anda promosi diri anda di Social Media terutama nya di Instagram, TikTok, dan Tumblr. Anda juga boleh promosi di onjob untuk perkhidmatan lukisan seperti Portrait atau Commissioned Painting.
Pakar Digital Advertising
Anda boleh dibayar sebagai Pakar Digital Advertising untuk bantu bisnes-bisnes dengan advertising mereka seperti Facebook Ad, Google Ad, TikTok ad.
Sebagai pakar dalam digital advertising, anda memahami teknik marketing, pakar dengan setting advertising (Facebook Ad setting), kegunaan dan kefahaman Analytics, dan karya Advertising.
Anda boleh cas pelanggan anda dengan cara:
– Harga Tetap (Fixed Price) untuk setup 1 Ad
– Harga Tetap (Fixed Price) bulanan untuk mengurus semua Ad mereka
– Cas Management Fee dari total ad budget (contoh 10-20% dari RM1,000.00)
Anda boleh mula belajar dan menjadi pakar untuk Digital Advertising dengan kursus online yang percuma di Facebook Advertising dan Google Ads Certification.
Khidmat Tarik Customer (Lead Generation Service)
Jika anda pakar dalam Digital Advertising dan memahami strategi untuk dapat customer melalui Advertising, anda boleh jual senarai customer yang anda dapat.
Sebagai contoh, anda ada Niche Social Media atau website dalam industri kosmetik, bermakna follower anda / web traffic anda berminat dengan kosmetik dan mereka adalah pelanggan berpotensi untuk bisnes Beautician.
Anda boleh bekerjasama dengan sebuah Beautician dimana mereka boleh bayar untuk senarai customer anda dapat yang berminat dengan bisnes Beautician tersebut.
Anda boleh guna bisnes model Pay Per Lead dimana bisnes bayar anda untuk setiap customer dalam senarai yang berjaya beli produk / servis bisnes tersebut.
Perkhidmatan ini amat sesuai untuk Digital Marketing Agency yang berpengalaman dan kepakaran.
Cloud Kitchen
Cloud Kitchen adalah sejenis bisnes dimana satu tempat mengandungi lebih dari satu restoran atau jenama. Dalam Cloud Kitchen terdapat dua jenis:
Virtual Kitchen
Satu tempat mengandungi beberapa jenama atau Virtual Restoran. Anda boleh jual burger daging biasa sebagai satu jenama dengan masa yang sama, anda boleh jual burger wagyu atas jenama lain; semua dalam satu premis. Dengan jenis ini, anda boleh bergabung dengan rakan-rakan lain untuk membuka restoran mengguna satu kitchen tetapi dengan jenama masing-masing
Shared Kitchen
Satu tempat yang besar mengandungi beberapa tempat masak seperti station dimana sesiapa boleh sewa salah satu station untuk masak dan jual menu makanan mereka sebagai individu atau bawah 1 jenama. Sebagai penyewa, mereka mendapat kelebihan dengan kelengkapan alat dan juga fokus lebih kepada menu dan masak.
Kedua-dua jenis Cloud Kitchen, ia fokus lebih kepada online delivery daripada tempat duduk (walk-in), membuat kos penjimatan untuk kakitangan waiter dan fokus lebih kepada mengurus kitchen dan delivery.
Anda boleh mula Cloud Kitchen dengan ada ruangan tempat sesuai dan kelengkapan kitchen; anda boleh mula buka restoran bersama rakan-rakan anda di dalam satu tempat dengan jenama tersendiri atau menjadikan bisnes Shared Kitchen seperti KitchenConnect.
Pengajar Sukan Online (Online Sports Coach)
Ramai ingin membaiki kemahiran mereka dan ingin bertambah baik dalam sukan yang mereka main. Ramai ingin main Badminton sehebat Lee Chong Wei bila bermain bersama rakan-rakan mereka. Mereka akan berlatih dan mencari online yang pakar untuk tunjuk ajar teknik-teknik yang bermanfaat.
Anda sebagai yang pakar dalam satu bidang sukan boleh mengajar dan bantu orang yang berminat untuk menjadi Pro dalam sukan tersebut.
Sebagai Online Sports Coach, anda boleh dapat income sebagai Bisnes Online melalui:
– Jual Produk
– Affiliate Produk yang anda rekomen
– Mengajar melalui Zoom (Online Tuisyen)
– Buat Kursus Online
– eBook (Guide Book)
– Terima income sebagai Youtuber
Anda mula dengan muat naik content ajaran seperti Smazh untuk menaikkan profile anda sebagai Coach dan selepas mencukupi Follower, anda boleh buka untuk penjualan servis atau produk anda.
Bisnes Bed & Breakfast (Airbnb)
Adakah anda berminat untuk membuka Hotel sendiri? Atau ingin membina binses untuk passive income?
Anda boleh bermula bisnes Bed & Breakfast dengan rumah anda atau menyewa / melabur dalam sebuah rumah. Bisnes ini adalah secara online 100% dan anda boleh mengurus booking unit (rumah anda) dan pemasaran melalui computer / talifon bimbit.
Bed & Breakfast ialah sebuah bisnes penginapan mengguna rumah peribadi menjadi tempat penginapan untuk tetamu bayar tempat / bilik anda dan tido sepanjang mereka tempah (1 malam, 3 malam, 7 malam+).
Anda boleh bermula menyewa tempat anda atau bilik anda kepada tetamu tempatan atau antarabangsa melalui platform penginapan seperti Arbnb.
Dengan Airbnb, anda boleh muat naik tempat anda dengan butiran dan foto untuk tetamu melayari dan tempah, anda juga boleh lihat semua “booking” anda di dalam calender Airbnb untuk anda mengurus jadual dan servis maintenance seperti servis Aircond.
Permintaan untuk tempat penginapan alternatif kepada Hotel seperti Bed & Breakfast dalam Airbnb adalah sangat popular dalam Malaysia dan anda boleh buat tempat anda berkualiti untuk cas mahal atau menjadi tempat anda budget – kedua dua pilihan ada permintaan dalam pasaran.
Anda boleh baca lebih info berkenaan cara dan tips untuk mula bisnes Bed & Breakfast anda melalui yang pakar dan pengalaman sebagai Airbnb Superhost dengan Helmi Hasan.
Tip
Anda ingin mencari tukang servis aircond, tukang repair, tukang pasang, tukang cuci, dan lain-lain untuk unit Airbnb anda? Anda boleh search yang pakar dan yang sah melalui platform onjob – Jom Tengok
Jadi WordPress Developer
Tahukah anda? Hampir semua idea bisnes online dalam senarai ini memerlukan sebuah website termasuk ini untuk menjual dan mempromosi produk / servis mereka?
Anda boleh buka bisnes online sebagai WordPress Developer untuk semua pelanggan berpotensi dalam ini dan juga untuk pemasaran tempatan & antarabangsa.
Beza antara Web Designer dalam senarai ini dan WordPress Developer, Web Designer harus ada kefahaman coding seperti html dan css manakala WordPress Developer boleh bermula membina website tanpa coding dan hanya membina apa jenis website dalam WordPress.
WordPress ialah open-source CMS dimana anda boleh install system ini di dalam local server atau cloud hosting dan bermula reka bentuk Website untuk anda dan untuk pelanggan anda. WordPress mengguna system plugin dimana jika anda ingin bina website e-Commerce, anda boleh install sebuah software tambahan (plugin) untuk memberi fungsi keperluan seperti, order & checkout dan stock management. Untuk apa keperluan, anda boleh tambah fungsi WordPress anda dengan WordPress Plugin.
WordPress dengan sendirinya boleh membina Website Blog.
Anda boleh belajar WordPress melalui laman web Learn WordPress mereka untuk memahami penuh berkenaan WordPress dan Website Design. Untuk complete guide membina sebuah website, anda boleh baca artikel ini dari WP Beginner. Website WP Beginner akan menjadi rakan website baik anda untuk bantu bina apa jenis website yang anda ingin dalam WordPress.
Anda juga boleh mendapat referansi plugin yang sesuai dan penting untuk WordPress anda dari Laut Media.
Untuk mula sebagai WordPress Developer, anda harus belajar dari asas cara untuk bina website mungguna WordPress sampai lancar dan ada akses kepada Domain dan Hosting untuk pelanggan anda. Dan yang penting, anda harus ada kefamahan dengan prinsip asas Search Engine Optimization (SEO) dan ada software SEO seperti Rank Math WordPress Plugin.
Alat-alat penting sebagai WordPress Developer
– Computer / Laptop untuk akses, reka, dan urus WordPress
– Internet yang stabil
– Wise – Account Bank Online untuk terima wang dari luar negara (untuk pelanggan luar negara)
– Namecheap – Beli domain antarabangsa dan alternatif alamat domain
– Exabytes Domain – Beli domain tempatan (.com.my dan .my) dan antarabangsa
– Bluehost – Hosting antarabangsa untuk pemasaran antarabangsa
– Exabytes Hosting – Beli Hosting tempatan
– Rank Math SEO – SEO Plugin untuk WordPress
– WooCommerce – eCommerce Plugin untuk WordPress
– Learny LMS – Kursus Online Plugin untuk WordPress
– Astra – WordPress Theme yang paling serba guna
– Senarai Plugin sering guna seperti Laut Media
Tip
Mula menjadi WordPress Developer dengan membina WordPress Website untuk sendiri dan eksperimen dengan semua fungsi dan setting dalam WordPress.
i. Fokus bina sebuah website untuk bisnes kecil yang hanya perlu website untuk isi informasi dan Senarai Perkhidmatan (List of Service) mereka
ii. Bina sebua website blog untuk rakan anda yang ingin menjadi Influencer atau Youtuber. Dapat income melalui Afiliate Link dalam Website
Pasarkan perkhidmatan anda melalui website perkhidmatan seperti Fiverr (antarabangsa) atau onjob (tempatan)
Online Media
Adakah anda mengikut berita tempatan dan terkini?
Anda boleh membuka Online Media dan posting berita terkini seperti Oh! Media atau Siakap Keli. Anda juga boleh fokus berita kepada satu industri seperti Murai (Berita Selebriti), Paul Tan (Berita Kereta) atau Sukanz (Berita Sukan).
Sebagai Online Media, anda akan ikut berita terkini dan buat artikel versi sendiri dan kongsi beria tersebut kepada pembaca-pembaca / follower anda. Anda juga boleh mendapat berita eksklusif dan juga memasuki berita daerah anda untuk menaik pembaca tempatan.
Untuk membuka Online Media anda, anda boleh bermula dengan buka Social Media dengan jenama Online Media anda dan juga Website. Sebagai Online Bisnes, anda boleh mendapat Income melalui Advertising dimana website anda mendapat Ad Revenue dari Google Ads, anda juga boleh jual advertising dalam halaman website anda kepada bisnes yang berminat. Anda juga boleh dapat income di Social Media anda dan Youtube anda sebagai Media Channel. Sebagai tambahan, anda boleh juga mendapat income melalui Affiliate Revenue.
Tip
Online Media untuk posting berita terkini adalah bisnes yang amat mencabar kerana anda akan bersaing bersama Online Media yang lain dan Media Company yang besar dan lama beroperasi semenjak zaman surat khabar. Pembaca berita akan lebih memilih kepada Media yang lama dan yang mereka biasa, jadi anda harus mencari cara untuk menjadi unik dengan cara bahasa dan isi content supaya pembaca follow anda untuk semua berita terkini.
Production House untuk Influencer / Youtuber / Syarikat
Anda tidak minat untuk menjadi Influencer atau Youtuber tetapi minat dalam dunia Media atau pakar dalam satu bidang seperti Photographer / Videographer? Anda boleh menjadi Production House untuk Influencer atau sewa alat anda.
Ramai Influencer / Youtuber yang berpotensi buat content yang tiada alat lengkap untuk menaikkan kualiti content mereka. Terdapat beberapa sebab seperti mereka baru mula dan tiada budget untuk alat lengkap, tidak pakar dengan alat-alat production, ada alat tapi salah setting, atau mereka rasa tidak perlu.
Sebagai Production House dengan alat yang lengkap seperti Lighting, Microphone, Camera, Computer Editing, Backdrop / Background, atau tempat rakaman / studio; anda boleh bekerjasama dengan Influencer / Youtuber sebagai production house untuk menaik kualiti content mereka dan mendapat follower baru dengan lebih cepat.
Bukan sahaja untuk Influencer, anda boleh menjual sevis anda kepada syarikat yang mencari sesiapa ada alat-alat video production untuk merakam content mereka. Kerana ada bisnes yang ada idea tersendiri dan tidak perlu servis dari Media Agency untuk mengarah dan keluarkan idea, mereka akan mencari langsung kepada sesiapa yang ada alat lengkap hanya untuk bantu rakam dan edit content mereka.
Anda boleh bekerjasama dengan Influencer dengan cara kongsi income Influencer / Youtuber sebagai partner atau cas harga untuk servis anda sebagai bisnes.
Untuk permulaan, lengkapkan alat-alat production anda dengan yang perlu. Anda boleh beli alat seperti Lighting, C-Stand, Microphone, Background, dan lain-lain dengan Bigbig Studio di Shopee.
Anda boleh layari Social Media / Youtube dan cari individu yang anda rasa content mereka menghibur atau bermanfaat seperti Sports Coach dan PM mereka yang anda boleh bantu up level content mereka dari segi video kualiti dan kasi 1 benda yang anda perasan dan rasa anda boleh bantu (seperti suara mereka tak jelas dan anda boleh bantu dengan ada microphone). Ajak mereka untuk bertemu dan kenal diri; jika ada video contoh atau portfolio, anda boleh kasi link kepada mereka untuk menaikkan keyakinan.
Bina Online Game Sendiri
Anda pakar dengan animation? Atau berminat untuk cipta game sendiri? Anda boleh cipta dan bina online game anda tanpa keperluan pengalaman dan kepakaran dalam coding.
Sebagai bisnes online untuk online game, anda boleh terima income melalui isi Advertising dalam game dan terima Ad Revenue atau cas player untuk beli sesuatu di dalam game seperti beli credit atau beli premium tanpa ad.
Anda boleh muat naik game anda ke Google Playstore, Apple Store, atau di dalam website.
Industri gaming adalah sangat popular dan mendapat player baru untuk main game anda agak mencabar. Jadi, cipta sebuah game yang unik kepada yang lain dari segi “return of play addiction”. Kombinasikan game anda dengan penawaran NFT untuk menarik player yang mengikut NFT space dan support game yang ada kegunaan NFT.
Buka sebuah komuniti untuk player dalam Discord, share video game anda melalui Livestream dan ajak Livestream Gamer demo / review game anda.
Anda boleh mula reka dan cipta game anda tanpa coding di dalam open-source platform seperti GDevelop atau Godot Engine.
Live Sales Host
Beza antara Live Sales Host dan Live Event Host, Live Sales Host adalah seorang individu menjual produk melalui Live manakala Live Event Host mengacara sebuah Event secara Live
Sebagai Live Sales Host, anda akan memberi info tentang produk dengan gaya bercerita atau bersembang, menunjuk produk diguna (produk demo), menghibur penonton, dan menutup dengan beri tindakan untuk beli (Closing Sale); secara Live seperti Go Shop
Jika anda berminat dan berbakat depan camera menjual sesuatu, anda boleh mula menjual produk anda secara Live atau tawarkan bakat anda kepada bisnes lain untuk yang berminat menjual produk mereka secara Live. Anda boleh dibayar dengan harga tetap atau komisyen untuk setiap penjualan dalam Live
Tip
Contact Seller melalui Social Media seperti Instagram / Facebook dan Shopee (yang ada produk tapi tak buat Live) dalam daerah anda dan PM mereka jika mereka berminat untuk bekerjasama dimana anda bantu mereka menjual secara Live.
Anda boleh bermula Live dengan alat yang ada dan pelan-pelan upgrade tambah lighting, microphone, backdrop untuk pertingkatkan kualiti Live anda. Alat-alat upgrade boleh beli dengan Bigbig Studio di Shopee
Pakar Cuci Kasut (Sneaker Cleaner)

Sneaker Head populariti semakin meningkat dalam Malaysia dan sudah mula ramai individu memakai kasut yang style dan juga simpan kasut sebagai pengumpul (collector).
Anda boleh buka bisnes cuci kasut (Sneaker Cleaner) untuk komuniti sneaker enthusiast daerah anda untuk cuci sneaker mereka menjadi baru balik dan memulihkan balik Sneaker yang kuno seperti Soletechnics.
Untuk memula, anda harus ada Social Media Page dan isi content mengguna kasut anda / rakan-rakan dengan foto / video sebelum dan selepas cuci.
Anda boleh mula degan alat cuci asas seperti Cleaning Foam, Shoe Towel, dan Shoe Brush seperti Sneakers Cleaning Kit di Shopee dan tambah alat anda seperti mesin sneaker cleaner mengikut penjualan dan permintaan.
Online Runner
Online Runner adalah seorang individu yang boleh bantu dengan semua keperluan yang melibat mengembara seperti membeli barang dari pasaraya dan kirim ke rumah, ambil pakaian dari dobi ke rumah, angkat kek di kedai kek dan balloon di kedai party dan kirim ke opis.
Apa jua tugas harian yang memerlukan seseorang pergi ke destinasi untuk angkat / beli barang dan kirim balik ke tempat pelanggan. Jika anda adalah Rider, anda boleh buat kerja sambilan sebagai Online Runner untuk pelanggan dalam rumah atau opis dengan bantu keperluan mereka membeli atau angkat barang.
Dengan kenaikan generasi yang tanpa kereta (Car-Free Generation), lebih ramai individu dalam bandar akan menghidup tanpa kenderaan dan lebih guna pengangkutan awam. Bermakna pada masa yang dekat, akan mula lebih ramai permintaan untuk seorang Runner yang boleh bantu dengan angkat / beli barang di satu atau beberapa destinasi.
Anda boleh dapat lebih info berkenaan generasi tanpa kereta di artikel oleh Aurizn
Perbezaan antara Online Runner dan Food Rider atau khidmat pengangkutan jarak dekat seperti lalamove, adalah Online Runner di arah oleh pelanggan untuk pergi destinasi yang mereka mintak dan beli / angkat barang; manakala Food Rider atau lalamove di arah oleh bisnes (contoh) untuk kirim barang yang pelanggan order kepada mereka.
Anda boleh masuk dalam bisnes online masa depan sebagai Online Runner, menawar servis anda kepada pelanggan dalam rumah dan opis untuk guna anda dan kenderaan anda. Anda boleh promosi servis anda sebagai Online Runner di Social Media dan di laman web onjob untuk market baru. Jom Join
Bina e-commerce platform untuk bisnes lokal (Online Marketplace)
Di dalam satu negeri, terdapat berpuluh / ratus bandar. Di dalam satu bandar, terdapat berratus bisnes. Setiap bisnes (dalam apa jua industri) akan promosi servis atau produk mereka melalui online dan ada yang masih belom masuk online.
Hampir semua bisnes lokal hanya ada 1 misi untuk menjual sebanyak yang boleh dengan apa cara yang ada. Anda boleh jadi salah satu cara untuk bisnes ini menaikkan sales mereka.
Anda boleh bina sebuah platform e-Commerce untuk bantu jual dan promosi produk dari bisnes dalam daerah anda. Terdapat beberapa cara dimana anda beri akses kepada setiap bisnes untuk muat naik produk anda dan anda kenakan bayaran pada setiap jualan (marketplace) seperti Shopee Lazada; atau anda boleh ambil kawalan penjualan dimana anda boleh bantu jualkan di platform anda dengan cara komisyen.
Anda boleh bina platform Marketplace anda atau platform e-Commerce dengan software seperti WooCommerce.
Anda boleh baca guide untuk bina Online Marketplace mengguna WordPress dan WooCommerce.
Anda boleh dapat lebih info untuk guna WordPress di dalam senarai ini: WordPress Developer
Tip
Bina satu jenama untuk e-Commerce tempatan anda (contoh: eCommerce Teluk Intan, Port Dickson Online Mall, atau Super Shopping Sarawak) dan promosi platform anda di Social Media dan juga jual di Marketplace Shopee / Lazada / Youbeli di bawah jenama anda.
Jual Suara (Voiceover)
Tahukah anda, suara anda boleh dijual di Internet untuk kegunaan bisnes buat video, iklan, atau untuk content. Voiceover adalah teknik penceritaan melalui suara dalam video tanpa muka anda.
Terdapat content creator dan bisnes yang membina video dan mencari suara yang sesuai dengan video mereka mengikut tema dan mood video. Suara anda boleh diguna dalam video presentasi untuk menerang perkembangan syarikat, video iklan online promosi produk kosmetik, atau untuk Social Media content.
Anda boleh dialek Kelantan, Perak, Johor, KL? Ramai content creator akan mengguna suara anda untuk content video tempatan dan anda boleh jual suara anda sebagai bisnes online. Anda boleh promosi suara anda sebagai Voiceover di platform International seperti Fiverr dan juga platform tempatan di onjob. Dengan onjob, anda boleh jual suara berdialek kepada content creator dalam Malaysia yang mencari suara yang unik untuk video mereka. Jom Join
Tip
Pelanggan akan beli suara yang dirakam dengan kualiti baik, rakam suara anda dengan microphone dalam earphone / headphone atau pakai External Microphone.
Servis Kejuruteraan

Ramai jurutera (Engineer) dalam Malaysia yang berbakat dan ingin buka bisnes kejuruteraan sendiri. Anda boleh mula bisnes anda secara online dengan menjual kepakaran anda dalam inventing, atau designing sebagai consultant.
Ramai bisnes dan individu ingin bina sebuah produk dan ada produk yang perlu pakar kejuruteraan untuk bantu dengan invention process dan design.
Anda boleh kongsi ilmu anda di Social Media seperti Dr Aid Fawzal dan dapat income sebagai Social Media Influencer atau Youtuber
Sharing content yang mengajar penonton atau menghibur akan bantu menaik profile anda sebagai pakar kepada bisnes yang mencari servis anda.
Anda boleh promosi servis kejuruteraan anda di platform onjob sebagai individu atau bisnes. Jom Join
Coach Motivasi
Semua orang perlu motivasi untuk teruskan perjalanan mereka. Akan ada masa dalam hari atau dalam satu masa dimana seseorang itu akan merasa kehilangan motivasi untuk sesuatu seperti berjuang dalam bisnes mereka.
Jika anda adalah seorang yang ingin membantu orang lain degan cara motivasi, anda boleh menjadi Motivasi Coach untuk satu niche dan mula bantu sorang-sorang untuk sambung maju hadapan dalam sesuatu.
Anda boleh menjadi motivasi coach untuk apa jua niche termasuk bisnes seperti Coach Zul, Coach Aida Amanda Atan, atau GaryVee (International); atau niche berkenaan Life seperti Slurpee Crank atau Vishen Lakhiani.
Anda boleh mula menjadi Motivasi Coach dengan mencari cara dan strategi bagaimana anda boleh bantu seseorang melalui video dan juga apa topik / niche. Bila anda mula dapat penonton dan cukup audience, anda boleh dapat income sebagai bisnes melalui:
– Social Media Influencer
– Youtuber
– Kursus Online
– Affiliate
– eBook
– Online Coaching
– Jual Produk anda
Artikel oleh Mo Takovic
Keciptaan artikel ini adalah untuk memberi Rakyat Malaysia idea-idae yang boleh mula bisnes secara online sebagai jana pendapatan online. Semoga artikel ini bermanfaat dan membantu anda mencari idea untuk bisnes online dan mula mendapat income secara online. Perjalanan online boleh menjadi agak sunyi bila seorang, mulakan perjalanan dengan rakan / keluarga anda untuk bantu bersama membangunkan sebuah bisnes online.
Senarai ini mengandungi idea bisnes online untuk individu-individu yang dalam tahap yang berbeza. Jika anda ada kepakaran dengan camera, anda boleh baca berkenaan Fotografi dan mula eksplorasi dalam Internet berkenaan bisnes fotografi untuk mengembangkan idea untuk bermula. Jika anda ada modal untuk memula, salah satu dari senarai ini sesuai untuk anda. Jika anda tiada modal untuk mula, salah satu idea dalam ini juga akan sesuai untuk anda.
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila share kepada rakan-rakan dan keluarga anda yang rasa mungkin berguna untuk mereka.
Terima Kasih
ONJOB Malaysia
Onjob ialah sebuah platform untuk bantu bisnes-bisnes promosikan servis mereka secara online. Tugas onjob adalah untuk menarik pelanggan yang berpotensi ke website ini dan mencari bisnes atau individu yang dapat bantu dengan keperluan mereka.
Daftar bersama onjob untuk promosi bisnes dan servis anda kepada market baru online
Minat menjadi ONJOB Agent? Klik Sini