
Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar terma web3 di kebanyakan media. Web3 ini menjadi semakin popular apabila sebuah karya digital dijual dengan harga jutaan dolar dan munculnya terma ‘metaverse‘ di kalangan pengguna Internet.
Web 3.0 merupakan versi web. Ianya sedikit berbeza berbanding versi-versi terdahulu. Web versi pertama bersifat statik dan mempunyai keterbatasan dalam menawarkan akses kepada pengguna. Web 1.0 juga merupakan komunikasi 1 hala tanpa interaksi pengguna.
Berbeza dengan Web 2.0 yang lebih interaktif yang membolehkan pengguna berinteraksi secara dua hala. Web 2.0 sangat popular sehingga kini. Kebanyakan perniagaan mempunyai website sendiri dan wujudnya platform media sosial seperti Facebook, Youtube dan lain-lain.
Kemajuan teknologi dan bahasa pengaturcaraaan membolehkan Web 2.0 berkembang pesat sebagai generasi media sosial yang sangat maju. Enjin carian seperti Google juga telah melalui banyak perubah terutamanya algorithm carian.
Kebanyakan mekanisma yang digunakan masih bersifatkan kepada logic yang dibangunkan oleh manusia.Web3 merupakan evolusi versi web terdahulu yang ditambahbaik bagi mengatasi beberapa kekangangan yang dihadapi dalam versi web 2.0. Web 3.0 mempunyai beberapa fungsi yang tidak mampu diwujudkan dalam web 2.0 kerana struktur asasnya menggunakan blockchain.
Kelebihan Web3
Oleh kerana web3 berteraskan blockchain yang berstrukturkan decentralize, ianya mempunyai banyak kelebihan antaranya privasi.
Web 3.0 mengutamakan privasi berbanding pengawal. Pengguna mempunyai kuasa penuh ke atas data mereka kerana dilengkapi pilihan untuk berkongsi atau merahsiakan data mereka.
Hal ini tidak dapat dilakukan dalam Web 2.0, kerana kebanyakan website perlu mematuhi akta-akta yang ditetapkan oleh negara atau pun kesatuan. Kebanyakan website juga mengumpul data pengguna sekiranya ingin melayari website mereka.
Web 3.0 juga sangat selamat dan mempunyai dasar keselamatan yang sangat tinggi. Oleh kerana ianya berteraskan blockhain, ianya sukar untuk diceroboh atau digodam.
Ini diperkuatkan lagi dengan terciptanya Symantec web yang dapat melindungi data seluruh organisasi. Anda boleh mewujudnya sistem cloud yang lebih selamat tanpa perlu mengambil kira polisi dan akta-akta tertentu.
Halatuju Malaysia dalam dunia Web 3.0?
Kongres Teknologi & Inovasi Dunia (WCIT 2022) yang telah diadakan di Pulau Pinang bukan hanya embincangkan hal berkenaan kemajuan teknologi web3, malahan teknologi NFT juga menjadi topik yang hangat diperkatakan.
Walau pun teknologi ini masih baharu dan samar-samar dari banyak sudut, namun Malaysia mempunyai potensi yang cukup baik untuk menjadi kuasa besar di rantau ini.
Struktur teknologi yang tidak berpusat (decentralize), menjadikan peluang untuk negara yang mempunyai kemajuan internet yang baik seperti Malaysia sangatlah tinggi.
Persoalan utamanya, adakah Malaysia sudah bersedia untuk meneroka teknologi ini? Adakah kita mempunyai golongan yang berpotensi dan berkemahiran.
Adakah pekerjaan dalam bidang ini menjanjikan pendapatan yang lumayan?
Jika peluang pekerjaan dan jumlah pendapatan dalam teknologi ini masih menjadi tanda tanya, anda boleh meninjau laman web Web3 Career
Lihat sahaja senarai pekerjaan yang ditawarkan. Cukup banyak dan hampir kebanyakannya masih belum terisi walau pun telah diiklankan hampir 10 bulan.
Lihat sahaja gaji yang ditawarkan. Paling rendah ketika artikel ini ditulis ialah $12,000. US dollar, bukan Ringgit Malaysia! Manakala jumlah gaji yang paling tinggi ialah $200,000 US dollar.
Terdapat beberapa cara juga untuk mula bisnes online yang boleh berkaitan pada Web3 di artikel 100 Idea Bisnes Online
Web Masa Hadapan
Web3 merupakan web yang akan berkembang pesat dan menjadi satu keperluan di masa hadapan. Fungsi-fungsi yang ada pada web 3.0 ini akan sangat menjadi cukup relevan pada generasi dalam beberapa tahun akan datang. Ini kerana, generasi alfa yang akan datang akan lebih fokus kepada privasi dan keselamatan aktiviti atas talian menjadi keutamaan.
Luno
Anda boleh mula membeli mata wang Cryptocurrency seperti Bitcon melalui platform yang disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia seperti Luno. Dengan Luno, anda boleh membeli Bitcoin dan simpan Bitcoin di dalam Wallet Luno – sama proses pembelian seperti top-up Grab Wallet atau Touch ‘n Go Wallet.
Daftar dan buka Luno Wallet anda sekarang dan terima duit Bitcoin sebanyak nilai RM25.00 bila isi code ini: 99H6EY
Selepas siap pendaftaran, di dalam aplikasi Luno, tekan butang ‘Rewards’ dan tekan ‘ENTER CODE’ dan isi code 99H6EY dan tekan ‘APPLY CODE’