
Servis kereta bertujuan untuk mengekalkan kondisi kereta supaya berada dalam keadaan yang baik dan boleh berfungsi dengan betul. Servis kereta yang dilakukan secara berjadual boleh mengelakkan berlakunya kerosakan pada komponen kereta, sekaligus mengelakkan kemalangan yang tidak dijangka.
Setiap komponen kereta punyai tempoh masa masing-masing untuk diservis atau diganti. Ada bahagian kereta yang bersifat wear and tear, dan ada yang boleh diservis.
Tayar kereta contohnya merupakan komponen wear and tear. Selepas tempoh penggunaan dan berdasarkan beberapa faktor, ianya perlu diganti. Manakala enjin atau sistem aircond sesuatu kenderaan merupakan salah satu bahagian yang hanya perlu diservis mengikut masa, melainkan jika ianya rosak.
Ramai di antara kita memandang remeh tentang perlunya untuk servis kereta apabila tiba masanya. Ini boleh mendatangkan kesan yang buruk dan berkemungkinan memakan belanja yang besar untuk diganti. Servis secara berkala juga dapat mengekalkan nilai kereta sekiranya anda ingin menjualnya.
Jenis Servis Kereta
Servis kereta biasanya terbahagi kepada 3, iaitu servis jangka pendek (minor servis), servis jangka panjang (major servis) dan servis jangka sederhana.
Servis Jangka Pendek
Servis jangka pendek perlu dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengekalkan prestasi kenderaan di samping untuk memastikan komponen kenderaan berada dalam keadan baik dan selamat untuk digunakan.
Biasanya servis jangka pendek bergantung kepada kekerapan penggunaan kereta. Jika kereta kerap digunakan bagi perjalanan jauh, adalah dicadangkan untuk membuat servis setiap 3 bulan. Anda juga boleh melakukan servis mengikut milage kenderaan iaitu setiap 5,000 km atau 10,000 km.
Servis Jangka Panjang
Servis jangka panjang melibatkan komponen-komponen penting pada kenderaan. Servis ini biasanya dibuat pada setiap 30,000 km atau setiap tahun. Walau bagaimana pun, ianya bergantung kepada kekerapan penggunaan dan prestasi kereta anda.
Walau bagaimana pun, sesetengah komponen kereta mempunyai tempoh hayat masing-masing. Jadi, berkemungkinan anda tidak perlu menggantikan semua major komponen secara serentak.
Servis Jangka Sederhana
Servis ini biasanya dilakukan bergantung kepada keadaan dan musim. Adakalanya anda boleh melambatkan servis dan adakalanya anda perlu mempercepatkan servis. Biasanya akan bergantung kepada keadaan komponen mengikut tempoh keadaan semasa.
Sebagai contoh, wiper kereta. Wiper kereta sangat penting ketika waktu hujan untuk memastikan penglihatan anda jelas ketika memandu. Walau bagaimana pun, wiper yang selalu terdedah kepada cahaya matahari boleh menjadikan getah wiper keras dan tidak dapat berfungsi dengan baik ketika hujan.
Senarai Semak Servis Kereta
Sebelum pergi ke bengkel untuk servis kenderaan anda, pastikan anda tahu jenis servis dan komponen yang akan terlibat.
#1. Minyak Enjin dan Aircond

Merupakan asas bagi minor servis. Sekiranya anda ingin membuat minor servis, pastikan jenis minyak enjin yang akan diganti. Biasanya terdapat 2 jenis minyak enjin yang digunakan di Malaysia iaitu Semi-Synthetic atau pun Fully Synthetic.
Minyak Semi-Synthetic mempunyai campuran 75% kandungan mineral dan 25% sintetik. Manakala Fully Synthetic mengandungi 100% minyak sintetik. Minyak Fully Synthetic boleh digunakan sehingga 10,000 km manakala minyak Semi-Synthetic hanya 5,000 km. Harga Fully Synthetic juga mahal sedikit berbanding minyak Semi-Synthetic.
#2. Semua Jenis Lampu
Pastikan anda memeriksa semua jenis lampu yang ada seperti lampu brek, signal, lampu hadapan dan lampu undur. Lampu yang berfungsi tidak perlu diganti.
#3. Tayar
Periksa tekanan angin dalam tayar anda. Pastikan tekanan aingin bersesuaian. Tekanan tayar yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh menjejaskan pemanduan dan boleh merosakkan tayar jika dibiar terlalu lama.
Periksa juga bunga pada tayar. Bunga tayar sangat penting lebih-lebih lagi ketika pemanduan sewaktu hujan. Tayar yang kehausan boleh menyebabkan kereta anda hilang kawalan jika jalan licin.
Kos Servis
Ada di antara pengguna kereta yang takut untuk servis kereta dan beranggapan kos untuk setiap kali servis mungkin mahal dan takut dikenakan cas yang tak munasabah oleh bengkel. Perlu diingat, sekiranya anda melakukan servis secara berjadual, anda boleh mengatur bajet bagi setiap servis.
Anda boleh servis kereta bersama bengkel DNT Auto sekiranya anda berada di sekitar Batu Caves, Selangor. DNT Auto – Onjob Verified Expert
Servis Kereta dengan Minyak Norc
Mencari minyak berkualiti?
Minyak enjin NORC akan menjadi pilihan anda!
Produk dan buatan dari Germany, minyak enjin NORC (Nano Oil Refining Company) mengguna Nano Technology boleh diguna sepanjang 10,000km tanpa masalah!
Dengan bukti beberapa kali di Track Sepang, minyak enjin NORC dapat tahan panas untuk semua jenis enjin dan dapat melindungi enjin.
Servis Kereta anda dengan NORC Engine Oil sekarang!
Order Norc Engine Oil dari DNT Auto dalam Shopee untuk Servis Kereta anda
Servis Kereta anda bersama DNT Auto!
Batu Caves, Selangor
Servis kereta anda bersama pakar dan ikon otomotif Honda Sepang dan juga telah disahkan sebagai Motorsport Race Car Preparation Specialist oleh Motorsport Malaysia – DNT Auto
DNT Auto
We Build, We Race, We Win!
Lihat Profile DNT Auto dalam Onjob di sini