
Tanda-tanda ini sangat mudah dikesan dan tindakan untuk service aircond bakal menjadi langkah yang bijak sebelum terlambat.
Aircond merupakan satu kelengkapan yang boleh dianggap penting Ketika Malaysia dilanda cuaca yang panas seperti sekarang. Berdasarkan kajian, ASMC mengeluarkan amaran bahawa cuaca kering dan panas akan berlarutan bagi beberapa ketika.
Justeru itu, boleh dikatakan kebanyakan rumah di Malaysia, lebih lagi di tengah bandar telah pun dilengkapi dengan aircond. Aircond menjadi keperluan untuk mengekalkan haba yang dingin dan memberikan keselesaan kepada isi rumah ketika cuaca di luar sangat panas.
Penggunaan aicond juga akan meningkat mendadak berikutan cuaca panas yang berpanjangan. Oleh yang demikian, prestasi aircond anda mungkin akan merosot dan menunjukkan tanda akan rosak.
Tanda-tanda anda perlu Service Aircond segera
Tahukah anda, setiap perkakasan elektrik biasanya akan memberikan petanda sebelum ianya rosak? Hal ini juga sama bagi aircond. Kos untuk membaiki aircond adalah sangat mahal dan sukar. Jadi, lebih baik anda service aircond tersebut sebelum ia rosak.
Dalam perkongsian kali ini, kita akan melihat beberapa petanda yang diberikan oleh aircond anda sebelum ianya rosak.
1. Berhabuk dan berbau

Aircond berfungsi dengan menyedut udara dari luar dan sistem penyejukan akan membuatkan ia sejuk. Udara yang disedut akan ditapis oleh penapis yang tersedia di dalam aircond. Sekiranya udara persekitaran aircond dalam kondisi yang tidak baik seperti sentiasa berhabuk, berdebu dan berasap, penapis akan cepat dipenuhi habuk.
Sekiranya habuk terlalu banyak terperangkap di penapis, ianya akan terbawa keluar bersama udara sejuk. Habuk yang terkumpul juga akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Bayangkan setiap hari, udara yang anda sedut didalam rumah adalah penuh dengan habuk dan berbau.
Sekiranya anda membuka penutup aircond dan mendapati terlalu banyak habuk terperangkap, anda perlu service aircond anda dengan segera. Jika dibiarkan, udara yang kotor boleh menjejaskan kesihatan anda dan seisi rumah.
Mencari tukang service aircond?
Search Service Aircond dalam kotak search dibawah untuk mendapat tukang service aircond professional dan verified dalam daerah anda sekarang!
2. Segera Service Aircond Jika Air Menitik

Antara petanda yang agak kritikal dan anda perlu segera service aircond anda ialah apabila unit indoor sudah mula menitikkan air. Setiap aircond mempunyai saluran untuk membuang lebihan air yang terkondensasi apabila proses penyejukan berlaku.
Sekiranya aircond digunakan dengan kerap atau tidak diservis untuk tempoh masa yang lama, habuk yang terperangkap akan membuatkan saluran air ini tersumbat. Apabila saluran ini tersumbat, air akan melimpah keluar dan boleh merosakkan unit aircond anda jika tidak diservis dengan segera.
3. Compressor Berhabuk dan Kipas Berhenti

Unit outdoor bagi setiap aircond mempunyai kipas yang bertujuan menyejukkan condenser yang terdapat di dalamnya. Ini kerana, kita aircond dihidupkan, ia akan menjadi sangat panas.
Sekiranya kipas ini terhenti dan tidak berfungsi, ia ak tidak dapat menyejukkan condenser sekaligus membuatkan compressor terlalu panas dan rosak. Kebiasaannya anda akan merasakan hanya angin yang keluar dari aircond dan tidak sejuk walau pun telah lama dipasang. Kos untuk memperbaikinya boleh mencecah RM1000.
Jadi sentiasa pastikan unit outdoor anda berada dalam keadaan yang baik dan servis sekurang-kurangnya setiap enam bulan.
Kesimpulan
Bagi mengelakkan kerosakan, amat penting untuk pemilik penghawa dingin mengetahui cara mengesan masalah terlebih dahulu.
Service aircond secara berkala bukan sahaja dapat memanjangkan hayat aircond anda, ia juga dapat menjimatkan elektrik. Aircond yang berfungsi dengan baik dan efisien mengelakkan anda membayar lebih untuk penggunaan elektrik.
Service Aircond by Sahabat Aircond X ONJOB
Mencari tukang service aircond professional dalam KL dan Selangor?
Sahabat Aircond menawarkan khidmat memasang Aircond dan Servis Aircond murah di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.
Berpengalaman lebih 5 tahun, lebih 3,000 unit diservis, dan lebih 1,000 customer yang puas hati; Sahabat Aircond dapat bantu dengan pembelian dan pemasangan anda dengan cepat dan servis yang tip top terbaik! Contact Sahabat Aircond sekarang!